Kategori Dan Individu Yang Akan Terima BKM Fasa 2


Semakan BKM (Bantuan Keluarga Malaysia) kini boleh disemak bagi mereka yang layak. BKM adalah bantuan yang akan dibayar secara berperingkat sehingga Disember 2022.

Walau bagaimanapun, jumlah bayaran bantuan berbeza mengikut kategori penerima yang layak. Sebagai contoh, penerima dibezakan mengikut jumlah pendapatan, status perkahwinan dan bilangan tanggungan.

Untuk mengetahui maklumat lanjut termasuk kategori yang akan menerima BKM Fasa 2, sila rujuk maklumat di bawah.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Kategori Penerima BKM Fasa 2

Kategori yang akan menerima bayaran BKM Fasa 2 hampir sama dengan Fasa 1 kecuali satu kategori, berikut adalah kategori yang akan menerima BKM Fasa 2 :

  • Isi rumah berumur 59 tahun ke bawah dan berpendapatan RM 0 hingga RM 5,000
  • Isi rumah berumur 60 tahun ke atas dan berpendapatan RM 0 hingga RM 5,000
  • Isi rumah yang merupakan ibu bapa tunggal yang mempunyai anak dan berpendapatan RM 0 hingga RM 5,000
  • Bujang berumur 60 tahun ke atas dengan pendapatan RM 2,500 hingga RM 5,000
  • Kategori bujang dan ibu bapa tunggal tanpa tanggungan tidak akan menerima bayaran untuk BKM Fasa 2 ini.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 2

Setakat ini, tiada tarikh rasmi diumumkan oleh kerajaan pusat mengenai tarikh pembayaran BKM Fasa 2.

Walaubagaimanapun, satu perkara yang pasti BKM Fasa 2 akan dikreditkan selewat-lewatnya pada 30 Jun melainkan terdapat perubahan tarikh.

Jika mengikut tarikh pembayaran BKM Fasa 1 Mac lalu, kemungkinan besar bayaran juga akan dikreditkan pada minggu ketiga atau keempat bulan Jun.

Bayaran BKM

Bayaran untuk Fasa 2 BKM ini adalah sehingga RM400 bagi mereka yang layak.

Sila lihat jadual pembayaran di sini : Semakan BKM Fasa 2

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), anda boleh join group FB rasmi Bantuan Sara Hidup Malaysia.


Sebarang kemas kini kami akan kemas kini dari semasa ke semasa.

Penafian – Semua yang portalamalaysia share diatas merupakan panduan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Kategori Dan Individu Yang Akan Terima BKM Fasa 2” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia