“Kata Aku Kaki Dadah Habis Kau?” – Zarina Anjoulie Buat Laporan Polis Kerana Diaibkan Individu Tidak Bertanggungjawab


Pelakon dan juga selebriti media sosial , Zarina Anjoulie sudah membuat satu laporan polis terhadap individu yang didakwa telah menghinanya secara keterlaluan di media sosial.

Anju menjelaskan bahawa individu itu telah mengaibkan dirinya di media sosial dengan beberapa hantaran yang bersifat menghina fizikal dan status dirinya sebagai ibu tunggal.

Menurut Anju individu tersebut sengaja memprovok dirinya kerana tidak berpuas hati dengannya dan menuduhnya sebagai seorang ‘kaki dadah’.


“Mengata fizikal saya seperti sumbing sebab buat pembedahan, itu fitnah. Mana ada saya sumbing. Dia juga kata saya bukan contoh ibu yang terbaik.”

“Kata saya kaki dadah tapi dia tu macam mana pula? ‘Scam’ duit bapa saudara saya, serang rakan saya di klinik.”

Anju atau senang digelar Zarina telah membuat laporan polis tersebut di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan pada jam 2.30 pagi, semalam.

Namun pihaknya tidak mahu menjelaskan apa yang berlaku kerana ianya terlalu sulit diceritaka kepada media dan menyerahkan siasatan lanjut kepada polis untuk bertindak.

“Dia nak saman saya bersama dua lagi individu lain iaitu rakan dan bapa saudara saya, biarlah mahkamah tentukan, biarlah undang-undang tentukan. Tapi tak perlu dia buat video di Facebook dan TikTok untuk mengaibkan saya.”

BACA : Bercakap pun tak sedap , apatah lagi menyanyi , – Dato Awie Kecewa

Zarina telah memuat naik satu hantaran video di akaun miliknya bagi memaklumkan mengenai tindakannya membuat laporan polis mengenai kes itu dan berharap ianya dapat diselesaikan segera.

Zarina juga menjelaskan bahawa dia sudah memaklumkan mengenai perkara itu kepada pemilik akaun berkenaan namun individu itu enggan menghentikannya sekaligus membuatkan Zarina terpaksa mengambil tindakan undang-undang selanjutnya.

Walaupun tidak menjejaskan kariernya sebagai selebrtiti media sosial namun Zarina nampaknya terasa kali ini apabila ianya melibatkan keluarga dan disebarkan di media sosial tanpa memikirkan perasaannya sebagai ibu.

Dia yang sebelum ini jarang melenting kerana sering dikecam dan dkrtitik namun kali ini ia melibatkan anaknya dan membuatkan dia terpaksa mengambil tindakan tegas agar perkara ini  tidak berlanjutan dan berulang lagi pada masa akan datang.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3