Perkhabaran dari Istana Diraja Maghribi telah mengesahkan kanak-kanak yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter, Rayan Awram, telah meninggal dunia selepas diselamatkan kerana sudah lemah dan tidak bermaya.
Dikhabarkan bahawa Raja Maghribi iaitu Raja Mohammed VI membuat panggilan telefon kepada ibu bapa Rayan, Khaled Awram dan Wassima Khersheesh, untuk mengucapkan takziah kepada keluarga atas kematian tragis kanak-kanak tersebut.
Malah wakil daripada pihak Istana iaitu Raja Mohammed juga menzahirkan penghargaannya atas usaha gigih yang dilakukan oleh pasukan penyelamat sejak Selasa lalu sehingga kanak – kanak itu dapat dibawa keluar.
Berdasarkan laporan daripada pihak media , kanak-kanak lelaki tersebut dibalut dalam selimut kuning dan dibawa keluar dari terowong yang digali khusus untuk operasi menyelamat.
Malah telah dikejarkan segera dengan ambulans ke helikopter untuk diterbangkan ke hospital terdekat namun tidak lama selepas itu pihak istana mengeluarkan kenyataan mengesahkan kematiannya.
Adik Rayan dilaporkan telah meninggal dunia sebelum pasukan penyelamat berjaya membawanya keluar dari lubang perigi tersebut.
Sebelum itu, terdapat seorang doktor yang menyertai pasukan penyelamat juga turut serta memasuki terowong untuk memeriksa keadaannya, sebelum dia dibawa keluar dari perigi.
Malah daripada hasil pemeriksaan awal telah mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan pada paru-paru dan tulang belakang.
Terdahulu , Rayan dikhabarkan telah terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen, sejak petang Selasa.
Perigi yang sedalam 30 meter itu membuatkan pasukan penyelamat terpaksa membawa masuk jentolak untuk menggali tanah yang membolehkan mereka memasuki ke dalam untuk menyelamatkan kanak-kanak malang itu.
Rakyat Maghribi dan seluruh penduduk di serata dunia tidak ketinggalan menyaksikan perkembangan operasi menyelamat Rayan dari masa ke semasa malah rata – rata megucapkan takziah kepada ibu bapa dan kelurga Rayan atas kepergiannya.. Semoga Syurga Tempatnya..Amin…