Tiada Niat Nak Menunjuk , Kak KM Beli Banglo Bernilai RM5 Juta


Liana Rosli atau mesra disapa Kak KM yang sememangnya seorang usahawan berjaya walaupun dengan pelbagai kontroversi dan juga kecaman baru – baru ii kembali menjadi perhatian ramai apabila berkongsi video tentang momen dirinya dan keluarga berada di sebuah rumah banglo bernilai RM5 juta.

Dalam video dikongsikan, Kak KM telah menerima kejutan dari ahli keluarganya apabila ibunya menyerahkan kunci rumah ketika dia meninjau banglo berkenaan.

Meninjau ruangan komen pulak , ramai dikalangan rakannya dan netizen yang tumpang gembira tentang perkara tersebut namun tidak kurang juga netizen yang meninggalkan komen kecaman di atas kejayaannya.

Malah ada yang menuduh bahawa dia seolah- olah suka menunjuk dan berlagak diatas kemewahan yang dimilikinya itu dan sering menayangkannya di media sosial .

Tiada Niat Nak Menunjuk , Kak KM Beli Banglo Bernilai RM5 Juta 2

Tiada Niat Nak Menunjuk , Kak KM Beli Banglo Bernilai RM5 Juta 3

 

“Syukur dengan rezeki yang diberikan. Tuhan mendengar doa saya selama ini. Kalau sentiasa berbuat baik pasti ada rezeki.

“Kalau ada yang tak suka tengok perkongsian saya itu, tutup saja media sosial. Saya kongsi bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mahu beri inspirasi supaya orang lain turut berusaha lebih kuat untuk miliki apa yang dihajati.”

“Lihatlah dari sudut positif. Bersainglah secara sihat untuk capai sasaran sendiri, bukan hanya sekadar kecam dan cakap kosong sahaja,” jelasnya lagi.

Tidak mahu memikirkan kata- kata negatif daripda pengikut Ig nya , Kak lebih memilih untuk mendiamkan diri dan menganggap bahawa netizen cemburu dengan kejayaannnya.

“Usahawan seperti saya ini memang selalu kena kecam. Tidak kisahlah apa orang hendak katakan, saya hanya lihat dari sudut positif. Semakin dikecam semakin ramai orang kenal produk saya.

“Sebenarnya orang yang selalu kecam inilah ada masalah cemburu. Apa salah sesekali ucap tahniah dengan kejayaan orang lain,” ujarnya.

Berkongs mengenai pembelian rumah tersebut, Kak KM mengakui urusan pembelian tanah dan banglo bernilai RM5 juta tersebut telah dilakukan sejak tahun lalu lagi.

Baru kini dia dapat memiliki tanah berkenaan dan bercadang untuk meruntuhkan rumah lama berkenaan dan membina rumah baru buat keluarganya.

Tiada Niat Nak Menunjuk , Kak KM Beli Banglo Bernilai RM5 Juta 4

“Saya nak runtuhkan rumah tersebut dan bina sebuah rumah baharu. Saya tak suka nak tinggal di tempat yang pernah didiami oleh orang lain sebelum ini.

“Perancangannya mahu bina rumah dua tingkat dan mesti ada kolam renang. Apa yang penting adalah selesa untuk kami sekeluarga tinggal,” katanya lagi.

Kak Km yang sebelum ini banyak berkongsi tentang kejayaannnya memiliki rumah dan juga kereta idaman malah menjadi sumber inspirasi kerana sangat menjaga hubungan bersama keluarga dan cukup menjaga serta memberi kemewahan buat ibunya tercinta.

Hanya sahaja , ramai yang tidak senang dengan Kak KM kerana dia selalu berpakaian terbuka dan terlalu seksi serta sering memuat naik video yang menghairahkan .




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3