Setakat Julai 2022, bilangan penganggur terus menurun kepada 620,700 orang berbanding 630,600 orang pada bulan sebelumnya, manakala bilangan penduduk bekerja pada Julai 2022 terus mencatatkan pertumbuhan positif 0.3 peratus kepada 15.98 juta orang.

Menurut tinjauan tenaga Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini menunjukkan prestasi itu didorong pada pertumbuhan positif penduduk bekerja yang telah meningkat 0.3% bersamaan 42,100 pekerja.

Oleh itu, lonjakan itu menjadikan jumlah penduduk bekerja di negara kini 15.98 juta individu.

Selain itu, ekonomi negara berkembang sebanyak 6.9 peratus pada separuh pertama tahun 2022.

Menurut Mustapa, kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan mempertingkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Beliau juga menjangkakan pasaran buruh akan terus kukuh pada suku tahun ketiga dengan jangkaan prestasi perniagaan lebih baik.

Petunjuk keyakinan mencatat 4.7 peratus bagi suku ketiga tahun 2022 berbanding 3.5 peratus pada suku kedua.

Terdahulu, peningkatan aktiviti ekonomi dan sosial yang kembali normal, terutamanya susulan pembukaan sempadan negara sejak 1 April 2022 telah memberi impak positif terhadap pasaran buruh negara yang telah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan.

Sekadar info, momentum pemulihan pasaran buruh ini juga selaras dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, seperti program JaminKerja – Insentif Penggajian (JKIP) dan pewujudan Portal Pekerjaan Negara, MyFutureJobs.

Sumber: BERNAMA