Kadar Bayaran Bantuan BKM Tambahan | RM300 – RM500


Selain daripada jumlah asas pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Fasa 2), mereka yang layak juga akan menerima BKM Tambahan berdasarkan jumlah pendapatan dan bilangan anak yang telah ditetapkan.

Berikut adalah maklumat berkaitan kadar bayaran bantuan BKM Tambahan.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Maksud BKM Tambahan

BKM Tambahan ialah kadar bayaran tambahan yang diberikan kepada penerima yang layak yang terdiri daripada kategori Isi Rumah Berstatus Ibu Tunggal (IBT) dan kategori isi rumah berstatus warga emas berdasarkan syarat yang ditetapkan.

Kadar BKM Tambahan

Kadar bayaran untuk BKM tambahan ini adalah antara RM300-RM500 diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

  1. Tambahan RM500 kepada penerima dalam kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak yang layak; atau
  2. Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas

Dalam kes ini, penerima di atas akan menerima bayaran berdasarkan jumlah berikut :

bayaran tambahan bkm kategori

Cara Semakan

Untuk mengetahui sama ada anda menerima bayaran ini, semakan boleh dibuat di portal MyBKM melalui pautan berikut : Semakan BKM

  1. Layari https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Tekan log masuk MyBKM
  3. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  4. Klik Butang Semak
  5. Pengesahan Kata Laluan Keselamatan Berdaftar
  6. Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  7. Klik Log Masuk
  8. Klik pada Semakan Status

Melalui semakan status anda akan melihat maklumat berkaitan BKM termasuk maklumat BKM Tambahan (jika layak).

status pembayaran bkm tambahan

Info Mengenai BKM


Talian BKM LHDNM: 1-800-88-2747
Hotline BKM MOF: 03-8882 4565/03-8882 4566
e-Mel: [email protected]

Disclaimers – Bahan artikel admin kongsikan dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan rujukan yang related dengan “Kadar Bayaran Bantuan BKM Tambahan | RM300 – RM500” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia