Kolesterol adalah bahan berlemak yang penting untuk badan berfungsi dengan betul.Kolesterol biasanya dihasilkan di dalam hati, tetapi ia boleh dijumpai dalam pelbagai makanan yang berasaskan haiwan. Ia boleh menjejaskan kesihatan anda sekiranya anda mempunyai tahap kolesterol yang terlalu tinggi.
Kolesterol diangkut ke dalam badan oleh sejenis molekul yang dikenali sebagai lipoprotein. Kebanyakan kolesterol diangkut oleh lipoprotein berketumpatan rendah (low-density lipoprotein – LDL) dan lipoprotein ketumpatan tinggi (high-density lipoprotein – HDL).
Kolesterol tinggi adalah penyebab utama beban penyakit dalam dunia. Kini, ianya menyebabkan 2.6 juta kematian di seluruh dunia.Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey) pada 2015, kadar bilangan warga Malaysia yang menghidap dislipidemia dan berumur 18 tahun dan ke atas adalah 47.7% (9.6 juta).
Paras tinggi kolesterol LDL dikaitkan dengan peningkatan risiko arteroskelrosis, iaitu pemendapan plak-plak bahan berlemak di dalam dinding arteri.
Arterosklerosis yang berlaku di dalam jantung akan menyebabkan serangan jantung, manakala, arterosklerosis yang berlaku di dalam otak boleh menyebabkan strok.
Terdapat perkongsian tentang jus minuman yang boleh menurunkan paras kolesterol dan ini adalah bahan – bahan dan cara penyediaan :
Bahan-bahannya :
30 ulas bawang putih
5 biji lemon – potong kecil bersama dengan kulitnya
Cara penyediaan :
1. Kisar semua bawang putih dan lemon dengan 1 liter air.
2. Masak sampai mendidih dan tapiskan jusnya.
3. Ambil jusnya dan minum atau boleh disimpan ke dalam peti sejuk.
Amalkan Sebelum Sarapan
* Setiap pagi ambil 2 sudu besar dan minum begitu sahaja namun jika tidak mampu boleh campurkan dengan sedikit madu.