Jurulatih Korea Menjadi pilihan buat KELANTAN FC


Choi Moonsik


Bekas pemain Korea Selatan yang pernah beraksi di pentas Piala Dunia kini menjadi pilihan Kelantan FC untuk mengisi jawatan ketua jurulatih musim 2023 ini.

Choi Moonsik, 52 mempunyai pengalaman yang luas dalam bola sepak terutamanya di benua Asia, kini menjadi pilihan buat Kelantan FC.

Malah, beliau yang juga pernah membimbing beberapa kelab Korea Selatan merupakan bekas pemain skuad negara itu yang terbabit dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 1998, Piala Dunia Amerika Syarikat 1994 dan Olimpik Barcelona 1992 pada musim dahulu.Selain itu, khidmat jurulatih yang berketinggian 174 sentimeter itu kian ditagih skuad kebangsaan B-23 Korea Selatan di negara itu.

Moonsik  memang berpengalaman membimbing beberapa kelab seperti Daejeon Hana Citizen FC dan skuad kebangsaan Korea Selatan selain menjadi pembantu jurulatih bagi Yanbian Funde FC, China dan skuad Korea Selatan Bawah 23 dan 20 tahun selepas menggantung bot pada 2002.

Pada Musim ini, Moonsik akan dibantu bekas pengendali Kelantan FC musim lalu, Rezal Zambery Yahya buat pembantunya.

Selain Moonsik, pasukan Norizam Tukiman turut mengumumkan pelantikan Hyo Jun Park juga dari Korea Selatan sebagai jurulatih kecergasan pasukan itu, bagi mencaturkan potensitahap kecergasan dan fizikal pemain Kelantan FC untuk musim ini.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3