Jumlah pengeluaran i-Sinar boleh diubah mulai 8 Mac. KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja) melalui sistem pengeluaran baru i-Sinar, anda kini boleh keluarkan i-Sinar tanpa syarat dan boleh ubah jumlah pengeluaran mulai 8 Mac ini.
Sebelum ini, ramai ahli yang mengadu telah membuat kesilapan semasa ingin menetapkan jumlah pengeluaran.
Jumlah Pengeluaran i-Sinar Boleh Diubah
Disebabkan hal itu, KWSP akhirnya telah memberikan kelonggaran dan ahli kini boleh buat perubahan maklumat amaun.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Antara maklumat penting berkaitan pengumuman KWSP yang terbaru :
- Bermula 8 Mac, anda hanya boleh pinda amaun baru 1 kali sahaja.
- Ahli yang ingin pinda jumlah pengeluaran hanya boleh MENAMBAH jumlah pengeluaran.
- Ahli tidak boleh pinda jumlah baru, sekiranya ahli telah mohon amaun kelayakan maksimum semasa permohonan asal.
Perubahan Lain
Menurut KWSP, kelonggaran juga diberi bagi mereka yang ingin merubah perkara seperti berikut :
- Jumlah Pengeluaran
- Maklumat akaun bank
- Alamat
- Nombor telefon
- Mod Pembayaran i-Sinar
Perubahan boleh dilakukan melalui portal rasmi i-Sinar.
Cara Semak & Buat Permohonan i-Sinar
Untuk semak kelayakan dan buat permohonan baru i-Sinar tanpa syarat, sila klik di pautan berikut :
Semakan & Permohonan i-SinarSemoga berjaya dalam permohonan baru i-sinar anda. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan anda. Semoga bermanfaat.