Jualan Sempena Jualan 9.9 Meningkat 5 Kali Ganda


Baru-baru ini, aplikasi Shopee antara penyedia e-dagang pilihan rakyat Malaysia kini terus meningkatkan prestasi perkhidmatan mereka pada Jualan 9.9 yang telah berlangsung tempoh hari.

Shopee berjaya meraih peningkatan jualan sehingga 5 kali ganda bagi penjual tempatan yang menyertai platform kali pertama.

Baca juga:

Lonjakan carta turut memperlihatkan pembelian tinggi dalam kalangan pengguna di Lembah Klang, diikuti Johor Bahru, Kinta, Seremban, Melaka Tengah, Kuching dan Kota Bharu.

Selain itu, penggunaan tanpa tunai melalui ShopeePay juga turut memaparkan peningkatan dengan 9 kali ganda penggunaan berbanding pembelian hari biasa.

Disamping menggalakkan perkhidmatan tanpa tunai, kempen ini sekaligus telah berjaya memudahkan pembelian pengguna.

Terdahulu, berdasarkan sesi jualan ternyata rata-rata rakyat Malaysia masih terus melaksanakan pembelian pelitup muka meskipun kawalan sedemikian telah mula dilonggarkan oleh pihak kesihatan negara.

Sekadar info, produk kecantikan, kelengkapan rumah dan aksesori terus menjadi pilihan utama pengguna tempatan pada pembelian di Shopee sempena kempen 9.9 tempoh hari.

 

Sumber: RNGGT.COM


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3