Jualan Kereta Akan Dijangka Lebih Perlahan Pada Tahun Depan


Hasil Jualan kereta yang kukuh pada tahun ini akan dijangka perlahan pada 2023 berikutan gambaran makroekonomi mencabar.Penganalisis RHB Research, Jim Lim Khai Xhiang telah berkata antara risiko negatif yang boleh mengekang pemulihan sektor automotif adalah membabitkan kekurangan komponen penting yang berpanjangan dan penangguhan pelancaran model baharu.

Disamping itu, risiko-risiko lain adalah kelulusan pinjaman bank semakin ketat untuk pembiayaan kereta dan mata wang ringgit lebih lemah. Beliau berkata, tempahan kereta baharu secara umumnya berkurangan antara 20 hingga 30 peratus pada Julai lalu susulan tamatnya pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada akhir Jun. Ia dimaklumkan bahawa tempahan (kereta) meningkat semula pada Ogos, namun ia masih rendah berbanding jualan kukuh pada separuh pertama 2022.

Sumber: google image


Dengan bekalan cip kembali normal, namun industri masih menghadapi masalah kekurangan komponen. Ia mendapat tahu daripada eksekutif dan penjual bahawa isu rantaian bekalan mereda dengan ketara. Rata-rata pengeluar kereta berjaya memperoleh bekalan cip, namun masih menghadapi kekurangan komponen. Sebagai contoh, sesetengah pengeluar kenderaan di Eropah masih tidak mempunyai bekalan yang mencukupi untuk abah-abah wayar, pembesar suara dan lampu depan.

Secara umumnya, beliau berkata syarikat automotif tempatan mencatatkan keputusan kewangan melebihi jangkaan pada suku kedua 2022, didorong oleh margin lebih baik. langkah pembendungan kos dan strategi perlindungan nilai tukaran asing yang diambil oleh UMW dan Tan Chong Motor berjaya membantu menahan impak daripada nilai dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh berbanding ringgit serta komponen kereta yang lebih mahal.

Sumber: google image


Namun, Perolehan oleh Sime Darby pula, katanya meningkat ekoran catatan margin lebih tinggi berbanding jangkaan yang berpunca daripada segmen perindustriannya di Australasia. Jualan kereta Sime Darby di China tidaklah seteruk yang kami jangkakan apabila hanya susut 1.4 peratus berbanding suku sebelumnya. MBM Resources dan Bermaz Auto pula mencatatkan keputusan menepati jangkaan.

RHB Research mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor automotif berdasarkan prospek berhati-hati untuk tahun kewangan 2023. Mereka masih menyukai Bermaz Auto kerana kadar hasil dividennya diunjurkan sebanyak tujuh peratus bagi tahun kewangan 2023 dan pertumbuhan dalam jenama Kia dan Peugeot, manakala Sime Darby pula dipilih kerana kadar hasil dividennya lima peratus selain pengukuhan dalam segmen perindustrian dan jenama motor berkualiti tinggi.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3