JPJebid Bida No Plat Terkini

JPJeBid merupakan pelaksanaan inisiatif pembangunan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Pelaksanaan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan dalam talian (JPJeBid) ini telah dilaksanaan oleh Jabatan Pengangkutan Malaysia (JPJ) pada 15 April 2019. Baca perkongsian di bawah untuk maklumat yang terperinci tentang JPJeBid ini:

Kelayakan Untuk Daftar JPJebid

Berikut ialah kategori orang awam/Perniagaan/Syarikat (SYT) yang dibenarkan untuk mendaftar di Portal JPJeBid:

  •  Individu: Penduduk Tetap Malaysia (PTM) dan Orang Awam Malaysia (MAL) yang berumur 18 tahun dan ke atas.
  •  Perniagaan/Syarikat: Perniagaan/Syarikat yang berdaftar.
  • Pertubuhan, Koperasi Dan Badan Profesional: hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP.
  • Agensi Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun/ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/ Kedutaan/ Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/ Pertubuhan Antarabangsa/ Pejabat Serantau: hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP.
  • Bukan warganegara: hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP. Nombor siri passport terbaru perlu dikemaskini oleh pemilik passport jika tarikh luput passport terdahulu telah tamat di mana-mana pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC.

Syarat Menggunakan Portal JPJebid

Bagi anda yang ingin menggunakan portal JPJebid, berikut ialah syarat yang perlu ada :

  • Individu/ Perniagaan/ Syarikat/ BukanWarganegara/ Pertubuhan/ Koperasi/ Badan Profesional/ Agensi Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun/ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/ Kedutaan/ Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/ Pertubuhan Antarabangsa/ Pejabat Serantau yang layak mestilah mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP.

Cara Dapatkan ID JPJebid Untuk Daftar Di JPJebid

Bagi anda yang ingin untuk mendapatkan ID bagi membolehkan anda mendaftar dan menggunakan portal JPJeBId adalah seperti berikut :

1) Individu/Perniagaan/Syarikat yang layak yang tidak mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP perlu mendaftar di mana-mana pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC terlebih dahulu. Sila kemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:

  • Individu: Satu salinan kad pengenalan/sijil kelahiran/resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa
  • Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian:

a. Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan – Borang D (nama syarikat,maklumat dan maklumat pemilik); atau

b. Satu salinan Lesen Perniagaan (Sabah dan Sarawak sahaja)

c. Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.

  • Syarikat Sdn. Bhd:

a. Satu salinan Borang 9 atau Borang 13 dan Borang 49 atau Borang Seksyen 58.

b. Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.

* Sila pastikan anda telah menerima email pengesahan daripada Sistem mySIKAP sebelum membuat capaian di Portal JPJeBid. Anda juga disarankan menggunakan akaun emel yang aktif dan peti masuk yang sedia menerima sebarang notifikasi.

2) Bukan warganegara/ Pertubuhan/ Koperasi/ Badan Profesional/ Agensi Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun/ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/ Kedutaan/ Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/ Pertubuhan Antarabangsa/ Pejabat Serantau yang tidak mempunyai rekod adalah tidak tersedia untuk mewujudkan pendaftaran baru bagi JPJeBid

Penentuan Harga Bidaan

Setiap nombor kenderaan memerlukan satu bayaran minima mengikut jadual di bawah :

Setiap amaun bidaan pertama yang dibida mestilah sama atau melebihi harga minima yang ditetapkan mengikut kategori.

Peningkatan minima bidaan adalah 5% dari amaun harga minima mengikut kategori nombor dengan ketiadaan had untuk peningkatan maksimum.

Formula :

  • 5% X Harga Minima Bidaan = Kenaikkan Harga Minima
  • Harga Minima Bidaan + Kenaikan Harga Minima = Jumlah Bidaan
  • Segala transaksi semasa bidaan adalah menggunakan kaedah Pre- Authorization

Had Harga Bidaan

Untuk had harga bidaan, tiada had untuk membida. Setiap kategori pembida mempunyai had kelayakan menjadi pemenang. Berikut adalah had kelayakan menjadi pemenang mengikut kategori pembida :

  • Individu

Had Kelayakan Menjadi Pemenang : 3 nombor kenderaan bagi setiap siri

  • Perniagaan/ Syarikat

Had Kelayakan Menjadi Pemenang : 5 nombor kenderaan bagi setiap siri

  • Pertubuhan, Koperasi Dan Badan Profesional

Had Kelayakan Menjadi Pemenang : 5 nombor kenderaan bagi setiap siri

  • Agensi Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun/ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/ Kedutaan/ Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/ Pertubuhan Antarabangsa/ Pejabat Serantau

Had Kelayakan Menjadi Pemenang : 5 nombor kenderaan bagi setiap siri

  • Bukan Warganegara

Had Kelayakan Menjadi Pemenang : 3 nombor kenderaan bagi setiap siri

FAQ JPJebid

Untuk mendapatkan maklumat dan soalan lazim yang lebih lagi berkaitan JPJebid ini, and aboleh rujuk FAQ JPJebid ini.

No Plat Terkini

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan no plat terkini kenderaan, anda boleh layari ke laman web JPJ untuk mendapatkan No Plat JPJ Terkini.

Sumber : https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid/main/faq

Disclaimers – Bahan yang admin share diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “JPJebid Bida No Plat Terkini” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Leave a Comment

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!