JPJ Dan PDRM Akan Bekerjasama Untuk Ketatkan Pemeriksaan Jentera Bagi Sukan Permotoran


Untuk mengelakkan insiden sama berlaku, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mula mengetatkan pemeriksaan jentera dan syarat-syarat kelulusan untuk perlumbaan drag terutama aspek mekanikal serta spesifikasi bagi memastikan keselamatan pemandu. Ketua Pengarah JPJ iaitu Datuk Zailani Hashim berkata, untuk menerusi kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pihaknya juga akan mula memastikan setiap pelumba menitikberatkan aspek pemeriksaan teknikal jentera sebelum menyertai perlumbaan, lapor Harian Metro. Sekarang sudah ada kelulusan standard terhadap sukan drif dan drag termasuk spesifikasi kenderaan. Sebelum ini kita tidak pernah dengar kes kenderaan drag terbabit kemalangan sebegini.

Bagi kes berlaku di Terengganu itu kita akan semak dengan PDRM yang menyiasat dari segi pemanduan pemandu dan keadaan jalan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tambah beliau lagi, pihaknya tidak pernah melonggarkan syarat permohonan berkaitan sukan permotoran tersebut atau memandang ringan soal keselamatan yang perlu ada pada kenderaan terlibat.

JPJ Dan PDRM Akan Bekerjasama Untuk Ketatkan Pemeriksaan Jentera Bagi Sukan Permotoran 2

Sumber: google image

Pada setiap masa JPJ akan perketatkan semua aspek pemanduan kenderaan drag dan tidak pernah akan longgar syarat kelulusan, kerana ia memang tidak melihat benda itu sebagai satu benda yang ringan memandangkan pemanduan itu sendiri sudah berbahaya Spesifikasi, enjin dan kerangka dalaman kenderaan ini yang diubah suai sebenarnya perlu mendapat kelulusan JPJ, jika tidak kenderaan terbabit dilarang sama sekali menyertai perlumbaan drag. Setiap kenderaan yang ingin menyertai perlumbaan drag, penganjur perlu menghantar permohonan kepada JPJ untuk ia melihat daripada semua aspek teknikal iaitu tayar dan brek yang perlu mengikut segala syarat-syarat yag telah ditetapkan.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3