Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2022 dibuka untuk permohonan bagi pengajian peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (PhD). Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian disamping mengiktiraf kecemerlangan pelajar tersebut.
Biasiswa Yang Dipertuan Agong oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia menawarkan sebanyak 12 biasiswa iaitu 6 biasiswa pengajian di peringkat Sarjana dan 6 biasiswa pengajian di peringkat PhD di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia.
Baca juga:
- Permohonan Biasiswa Pengajian Kerajaan Turki
- Skim Zakat Bantuan Biasiswa / Insentif Khas Pelajar Cemerlang
- Tawaran Biasiswa Endowment UiTM 2022 Kini Dibuka
Senarai Kandungan
Bidang Pengajian:
- Bidang Sains Dan Teknologi.
- Bidang Ekonomi.
- Bidang Undang-Undang.
- Bidang Kewangan Islam.
Syarat Permohonan:
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak lebih dari 35 tahun pada tahun semasa.
- Mempunyai keputusan akedemik yang cemerlang.
- Mendapat tawaran tanpa syarat.
- Pengajian sepenuh masa.
- Mod penyelidikan sahaja.
- Kreatif dan inovatif.
Tarikh Permohonan:
Tarikh permohonan dibuka iaitu dari 19 Januari 2022 sehingga 22 Februari 2022.
Cara Permohonan Biasiswa:
Langkah 1: layari laman sesawang portal Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk dapatkan borang permohonan.
Langkah 2: Lengkapkan maklumat anda di borang permohonan.
Langkah 3: Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
Langkah 4: Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan secara serahan tangan atau pos sebelum tarikh tutup.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari lam sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia atau hubungi talian 03 – 8885 3879 / 3569 / 3438/ 3371/ 3571.