Home » Permohonan » Jom Mohon Rumah PPR Secara Online Dengan Mudah

Jom Mohon Rumah PPR Secara Online Dengan Mudah

Terdapat 2 kategori rumah PPR terdiri iaitu penempatan sewa atau pun dimiliki. Bagi mereka yang layak untuk memohon rumah PPR ini, kategori rumah PPR yang bakal mereka dapat akan ditentukan mengikut kepada pendapatan mereka.

PPR Disewa

  • Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.

PPR Dimiliki

  • Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.
  • Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Ciri-ciri Rumah PPR

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS3:2005).

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat;
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres;
  • Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi;
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air;
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai,
    • Surau/Ruang Solat,
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Senarai penuh projek di setiap negeri boleh disemak di pautan berikut: https://teduh.kpkt.gov.my/project

Syarat Permohonan

Syarat-syarat bagi Program Perumahan Rakyat adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Berumur 18 tahun ke atas sahaja
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000.00 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri

Cara Permohonan Rumah PPR

Permohonan Rumah PPR secara online boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) pada portal TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my. 

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan rumah PPR online melalui Portal TEDUH:

1. Daftar Portal TEDUH

  • Layari Portal TEDUH https://teduh.kpkt.gov.my/
  • Pemohon perlu mendaftar akaun sebelum log masuk ke SPRN
  • Lengkapkan butiran diri untuk proses pendaftaran.

2. Aktifkan Akaun & Log Masuk

  • Setelah berjaya mendaftar, semak e-mel dan klik pautan yang diberi untuk pengaktifan akaun.
  • Klik pada ‘Log Masuk Pemohon’ menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan tadi.

3. Skim Pilihan

  • Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan.
  • Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim.
  • Ini bagi memudahkan pemohon mengenalpasti projek yang dibuka untuk permohonan.
  • Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’ sama ada ingin memohon PPR Disewa atau PPR Dimiliki.

4. Masukkan Maklumat Pemohon

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
  • Masukkan Maklumat pemohon, Maklumat Pendapatan, Maklumat Pasangan, dan Maklumat Tanggungan yang diperlukan seperti di paparan.
  • Setelah lengkap, klik butang ‘Simpan’.

5. Pilih Projek

  • Klik pautan ‘Projek’ untuk memohon projek.’
  • Klik ikon projek yang dipapar atau menggunakan carian projek
    menggunakan nama projek dan negeri.
  • Klik butang “Mohon Unit Ini” untuk memohon unit PPR di dalam projek tersebut.
  • Klik butang “Ya” untuk meneruskan proses dan butang “Tidak” untuk membatalkan proses pengesahan.

6. Muatnaik Dokumen Sokongan

  • Muatnaik Dokumen Sokongan seperti yang dipaparkan mengikut keperluan.
  • Muat naik dokumen di dalam format hanya PDF dan saiz dokumen tidak melebihi 3MB.

7. Pengesahan & Hantar

  • Tandakan pengesahan maklumat permohonan dan klik butang “Sah & Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan.

*Rujuk manual penuh oleh SPRN di SINI.

Maklumat Lanjut

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya.

Skim PPR :
03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

Bahagian Pemantauan Swasta :
Tel : 03-8891 4200

Teknikal / Masalah Sistem :
Tel : 03-8891 4475
Emel : [email protected]

Pertanyaan :
https://teduh.kpkt.gov.my/helpdesk 

Disclaimers – Bahan yang kami share diatas sekadar tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Jom Mohon Rumah PPR Secara Online Dengan Mudah” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!