Jom Mohon Bantuan Beras Percuma Bantuan Kasih Johor


Bantuan Beras Bangsa Johor

Bantuan beras bangsa Johor merupakan salah satu inisiatif daripada Bantuan Kasih Johor yang di umumkan oleh Menteri Besar Johor pada 4 april yang lalu.

Syarat Kelayakan Dan Permohonan

Kerajaan Johor belum lagi memperincikan proses bantuan ini samaada perlu melalui satu proses permohonan atau diberikan terus berdasarkan data maklumat kerajaan negeri.

Oleh itu, cara permohonan dan syarat kelayakan dijangka akan dimaklumkan oleh Menteri Besar secara rasmi dalam pelancaran program Bantuan Beras Bangsa Johor pada 27 April 2022.

Senarai Bantuan Kasih Bangsa Johor

Terdapat 8 jenis bantuan kasih di bawah kategori KEMASYARAKATAN iaitu :

  1. Bantuan Beras Bangsa Johor
  2. Bantuan RM300 Kepada Pekerja Gig (Pemandu Teksi, E-Hailing, & Penghantar Makanan)
  3. Bantuan RM300 Kepada Pemandu Bas Awam dan Bas Ekspress
  4. Bantuan RM300 Kepada Nelayan Yang Berdaftar dengan Dabatan Perikanan
  5. Bantuan RM500 Kepada Imarah Masjid dan Surau
  6. Bantuan RM500 Kepada Ketuan Kampung
  7. Bantuan Geran kepada Persatuan Vateran ATM Negeri Johor
  8. Bantuan Geran Kepada Persatuan Pesara Polis Neger Johor

Bagi kategori KEBAJIKAN, terdapat 6 jenis bantuan iaitu :

  1. Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Fakir Miskin
  2. Bantuan Geran Kepada Pusat Jagaan Warga Emas dan Anak Yatim
  3. Anak Johor Prihatin
  4. Program i-Berkat
  5. Insentif Mesa Program Perumahan Rakyat PPR
  6. Insentif Mesa Rumah Sewa Kerajaan (KSK)

ORANG MUDA JOHOR turut mendapat bantuan di bawah Bantuan Kasih Bangsa Johor seperti :

  • Bantuan RM1,000 kepada pasangan Raja Sehari
  • Bantuan Geran Southern Volunteers
  • Bantuan Geran Majlis Belia Johor
  • Bantuan Geran Dewan Muda Johor

3 jenis bantuan di bawah kategori PENDIDIKAN adalah seperti berikut :

  1. Bantuan Khas Persekolahan Sebanyak RM150 kepada pelajar sekolah rendah
  2. Bantuan Mahasiswa IPTA/IPTS
  3. Biasiswa Bangsa Johor

Bagi kategori EKONOMI pula terdapat 7 jenis bantuan kasih seperti :

  • Insentif Sewa Mesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Insentif Lesen Mesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Bayaran RM2,000 kepada Operator Hotel Bajet
  • Bantuan RM1,000 kepada Pemandu Pelancong
  • Bantuan RM1,000 kepada Pengusaha Homestay
  • Bantuan RM1,000 Kepada Pengusaha Bot Pelancongan
  • Bantuan RM2, 000 kepada Agensi Pelancongan

Baca Juga: Bantuan Suri Rumah


Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang persoalan berhubung mengenai inisiatif ini, sila hubungi nombor telefon Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim ( 03-2666526 ) atau Pejabat Daerah

Disclaimers – Semua yang portalamalaysia share diatas sekadar tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Jom Mohon Bantuan Beras Percuma Bantuan Kasih Johor” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia