Home » Bantuan » Jom Lihat Apa Yang Golongan B40 Dapat Dalam Bajet 2022

Jom Lihat Apa Yang Golongan B40 Dapat Dalam Bajet 2022

Bajet 2022 yang telah dibentangkan tempoh hari sememangnya menjadi harapan setiap rakyat. Bantuan apa yang kerajaan akan berikan kepada kita?

Apa Bantuan yang B40 Dapat?

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Jom lihat apa yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz, berikut adalah ringkasan kepada bajet 2022, yang khusus untuk golongan B40:

1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Semakan Bantuan Keluarga Malaysia BKM

2. Skim Jaminan Kredit Perumahan

Dalam Belanjawan 2022, Kerajaan menyediakan jaminan kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan pekerja gig, pengusaha kecil dan petani yang sukar membeli rumah kerana tiada pendapatan tetap

3. Program e-Start

RM 150 akan dikreditkan secara sekali bayar ke dalam akaun e-dompet para belia

eStart Belia : Transaksi Tanpa Tunai RM150 e-Skim

4. Bantuan Awal Persekolahan

Bantuan Awal Persekolahan BAP

5. Pas Pejalanan Pengangkutan Awam My50

Seperti sebelum ini juga, kerajaan masih meneruskan pemberian pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam. Pas perjalanan bas dan rel tanpa had dengan harga RM50 sebulan ini adalah untuk pengguna terutamanya di Lembah Klang

6. Lanjutan Tempoh Pengurangan Kadar Caruman Minimum KWSP

Seperti tahun sebelum ini, kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11% kepada 9% akan diteruskan sehingga Jun 2022. Ini bermakna pekerja akan mempunyai lebih banyak gaji kerana peratusan caruman KWSP adalah kurang.

7. Pemberian Khas Sekali Bayar Sebanyak RM500 kepada Imam, Bilal, Siak, Noja, Marbut, Guru Takmir dan Guru KAFA.

Untuk tahun 2022, pemberian khas sekali bayar sebanyak RM500 kepada 70,000 orang Imam, Bilal, Siak, Noja, Marbut, Guru Takmir dan Guru KAFA akan disalurkan.

8. Program Peningkatan Taraf Hidup Orang Asli

Kerajaan akan menaikkan kadar wang saku murid sekolah menengah Orang Asli kepada RM4 sehari berbanding RM2 sehari sebelum ini

9. Bantuan Tunai Langsung dan Kebajikan JKM

Cara Daftar & Keistimewaan OKU Yang Berdaftar Dengan JKM

Bantuan Kanak-kanak JKM – Maksimum RM1,000 Untuk Setiap Keluarga Sebulan

10. Elaun Mencari Pekerjaan

SIP Prihatin 2.0 : Bantuan Khas RM300 Elaun Mencari Pekerjaan

11. Insentif Penggajian JaminKerja

Peluang pekerjaan :
Permohonan Insentif & Kelayakan JaminKerja PERKESO

12. Program Baucar Perlindungan Tenang

Di bawah program ni, setiap bantuan B40 layak menerima baucar RM75 sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri.

Baucar Perlindungan Tenang (PTV) B40: Cara Semakan Status & Penebusan RM50

13. Program Rumah Mesra Rakyat

Program Rumah Mesra Rakyat diwujudkan bagi membantu golongan yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri

Cara Mohon Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB 2021

14. Program mySalam

Skim Perlindungan Masyarakat mySalam akan diperluas kepada semua penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), dan manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak.

MySalam Tuntutan Covid – Boleh Tuntut Sehingga RM700!

15. Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Kerajaan mengumumkan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022

  • Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
  • Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
  • Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual

16. PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Untuk program ini, kerajaan akan membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar golongan B40 di institusi pengajian tinggi.

Bantuan Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40 Pakej PerantiSiswa 2022

17. Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan

Dalam Bajet 2022, kerajaan mengumumkan pemberian subsidi sebanyak 50% atau sehingga RM150 bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak keluarga B40

18. Kit Asas Kebersihan Wanita

Kerajaan juga telah mengumumkan pemberian Kit asas kebersihan diri percuma setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40

Disclaimers – Semua artikel admin share diatas sekadar panduan dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Jom Lihat Apa Yang Golongan B40 Dapat Dalam Bajet 2022” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes