Johor mula membenarkan solat dengan merapatkan saf tanpa perlu menggunakan sejadah atau rapatkan sejadah.
Kelonggaran SOP di Johor hanya membenarkan solat secara merapatkan sejadah berbanding negeri-negeri lain yang sudah memansuhkan penggunaan sejadah mulai 28 Mac lalu.
Bagaimanapun, SOP seperti memakai pelitup muka masih di kekalkan.
Baca juga:
- Bantuan Kewangan Khas RM1200 Untuk Golongan Belia
- PICKids Program Imunisasi Covid-19 Dibuka Semula Selama 5 Hari Hingga 24 Jun 2022
Masih Digalakkan Membawa Sejadah Sendiri:
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata setiap jemaah bagaimanapun masih digalakkan membawa sejadah sendiri dan tidak digalakkan bersalaman.
Aktiviti pengimarahan masjid dan surau seperti program membudayakan al-Quran, kuliah umum, kuliah khas, kuliah dhuha, kuliah zuhor dan kuliah Jumaat, kelas takmir, kelas al-Quran, taklimat, kursus, forum, majlis zikir, majlis selawat, wirid dan tarikat dan seumpamanya juga dibenarkan.
SOP Terbaharu:
Begitu juga segala aktiviti memasak, kenduri kahwin di dewan serbaguna surau atau masijd dan jamuan dalam kawasan masjid serta surau termasuk aktiviti bermalam turut dibenarkan di bawah SOP terbaharu ini.
SOP seperti pemeriksaan suhu badan dan imbasan QR kod kekal dilupuskan dan had umur jemaah hadir ke masjid dan surau. Namun begitu, sekiranya mempunyai gejala adalah tidak digalakkan hadir ke masjid atau surau.
Kebenaran itu mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebagaimana peruntukan Fasal 57 (A) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.
Sumber: BERITA HARIAN