JKM Perjelaskan Isu YB Rina Harun Hanya Datang Untuk “Posing” Bukan Menolong.


Berikutan tular video dan gambar Datuk Seri Rina Mohd Harun membersihkan sebuah sekolah di Sepang, Selangor pada Ahad lalu banyak ulasan dan tuduhan daripada para netizen yang mengatakan bahawa Yb hanya datang dan pose untuk publisiti kerana perkongsian video memperlihatkan Yb hanya menyebur air dilantai yang sememnganya sudah dibersihkan.

Namun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah tampil memberi penjelasan mengenai video yang tersebar itu, pihak JKM dalam satu kenyataan mengatakan bahawa dalam operasi pasca banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Salak Tinggi, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu bukan sekadar membersihkan simen tersebut, namun beliau turut melakukan kerja pembersihan dan susun atur logistik lain di sekolah berkenaan.

Dalam kenyataannya , pihak JKM terpanggil untuk menjawab isu tular yang mendakwa Datuk Seri Rina hanya ‘berposing’ mencuci simen bersih di sebuah sekolah dan hanya tidak membantu dalam pembersihan dan juga kerja lain.

Menidakkan semua kenyataan yang telah dilemparkan malah JKM sebagai jabatan yang menguruskan operasi ini berterima kasih atas kesudian menteri tersebut kerana datang untuk mencuci kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan pihak sekolah sukar dicucikan sebelum ini.

Bebekalkan  peralatan ‘waterjet’ yang sedia ada di lokasi pembersihan tersebut, Datuk Seri Rina tidak menolak pelawaan JKM dan beliau melakukan kerja itu dengan senang hati dan teliti dalam proses pembersihan tersebut.

Dengan kerjasama daripada sukarelawan Keluarga Malaysia, YB Rina juga turut mengemas bilik darjah, menyapu lantai dan tingkap bilik darjah, menyusun atur meja serta kerusi pelajar supaya keadaan kembali seperti sedia kala berikutan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi.

Malah dalam kenyataan  daripada pihak JKM ,Datuk Seri Rina turut mengemas khemah-khemah yang digunakan oleh mangsa banjir untuk simpanan bagi kegunaan pada akan datang.

Pihak JKM  juga berpendapat bahawa tidak adil apabila ada pihak dan netizen membuat tohmahan dan memperlekehkan usaha serta pembabitan YB Rina dalam operasi pembersihan yang dilakukannya dengan iklas malah mendapat balasan yang tidak setimpal.

Terdahulu ,menerusi satu rakaman video Rina dilihat sedang menggunakan penyembur air (water jet) sambil dikelilingi beberapa individu termasuk jurufoto yang merakam aksinya. Hantaran tersebut telah mendapat banyak like dan juga tanda love bagi menyokong kerja amal yamh dilakukan olek YB berkenaan namun tidak kurang mendapat kritikan apabila ada yang mempersoalkan tindakan berkenaan kerana mendakwa kawasan tersebut sememangnya sudah bersih dan tidak dicemari dengan lumpur banjir.

Sebelum iti juga pada Khamis lalu, nama Rina turut hangat diperkatakan selepas dia mengenakan kasut tumit tinggi ketika membuat tinjauan dan penyerahan bantuan banjir di beberapa kwasan daerah yang terlibat dengan bencana itu.

Dan disebabkan kejadian dan keluhan itu , YB Rina sempat berkata”Tak sangka kasut saya adalah lebih penting untuk difikirkan daripada saya berada di sana, saya minta maaf, saya berlari dari perhimpunan semata-mata ingin ke sana dan hanya sempat tukar baju serta seluar. Saya berjanji akan memperbaiki kelemahan yang ada pada diri”.


NAmpaknya Netizen terlalu teliti dalam kerja amal yang dilakukan Yb dan terus terusan memberi komen dan juga kritikan .

Penafian – Bahan artikel kami share diatas merupakan panduan dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “JKM Perjelaskan Isu YB Rina Harun Hanya Datang Untuk “Posing” Bukan Menolong.” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia