Pengarah hebat , Azman Haji Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo mengakui tidak mahu mengulas lanjut mengenai nama cucu perempuan pertamanya , Bunga Elhaq.
Dalam perkongsian di Instagram miliknya , Jinggo mengulas tentang nama cucunya yang dikatakan mempunyai kombinasi nama anaknya, Uzair Haqimy dan menantunya , Elisya Sandha.
“Nama cucu Tok Sidang….BUNGA ELHAQ….Elhaq tu rasanya singkatan Elisya and Haq..So tu jer ler yang Tok Sidang boleh bagitau ke komer takat ni… Yang lain Tok Sidang tak boleh memandai mandai bagitahu… sebab apa? Sebab Bunga Elhaq bukan anak Tok Sidang tapi cucu Tok Sidang.”
“Kalau Tok sidang buat keputusan pasal Haq and Mikha… ada orang lain masuk campur… Tok Sidang… naik angin…sebab apa? Sebab deme anak Tok Sidang, bukan anak komer…jadi nye…”
“Bior Haq dengan Elisya yang mula update pasei Bunga Elhaq… baru le Tok Sidang pulak…sebab ape? Sebab Tok Sidang and Sis ni Dada and Nana Bunga Elhaq… eya idak?,” terangnya.
Sebagai ibu bapa yang sanagt pengertian , Jinggo mengakui tidak msuk campur dalam urusan rumahtangga anakanya kerana tidak mahu menjadi orang tua yang boleh menyibok menguruskan anak yang sudah berkahwin.
Seperti yang semua maklum Sheila dan Jinggo merupakan ibu bapa yang sangat prihatin dan sentiasa bertolak ansur dalam mendidik anak- anaknya dan sentiasa memberikan anaknya peluang membuta keputusan sendiri tanpa desakan daripada mereka.
Namun masih menjadi panduan dan memberikan teguran tentang perkara yang patut dan tidak patutu dilakukan agar hubungan mereka lebih baik dan mengekalkan keharmonian dalam keluarga.
“Kalau kita masuk campur itu ini begitu begini, bila nye deme nak belajor buat keputusan untuk keluarga deme sendiri. Moral of the story, Jangan campor urusan anak anak kita yang udoh kawin, kita ni orang tua ni ushaaaa jer…peratiiii jer..”
“Senang cerita bior le anak kita yang udoh kawin… yang udoh ada anak… yang udoh ada family buat keputusan sendiri kecuali bila terpaksa atau bila tiba masa…kita orang tua ni kena masuk campor baru kita nyebuk balik …Eya idak?,” tulisnya lagi.
Pasangan Uzair Haqimy telah mendirikan rumah tangga bersama Elisya Sandha pada 21 Ogos tahun lalu dan baru – baru ini Elisya telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada tarikh 18 hb 2022 yang bernama Bunga Elhaq.