“Jika boleh berganti nyawa, ibu bapa pasti mahu pergi dahulu sebelum anak. Tapi siapa kita untuk melawan takdir?” – Coretan Ayah Allahyarhamah Siti Sarah

Bapa mana yang tidak sebak dan sedih mengenangkan anak tercintanya pergi ketika usia masih muda.

Melalui perkongsian di akaun Instagram Siti Sarah, satu hantaran beserta coretan sudah cukup menggambarkan perasaan sebak seorang ayah yang berada di pusara anak tercinta.

“Sedar tak sedar, genap 100 hari pemergian anak perempuan tersayang. Sebelum berlangsungnya majlis tahlil, pagi itu abahnya ke pusara naikkan batu nisan dikubur anaknya.

“Perasaannya? Hanya Allah sahaja yang tahu. tanyalah semua manusia yang bergelar ibu bapa, apakah kehilangan paling perit untuk mereka?

“Pastikan kehilangan anak yang dicintai. Anak yang ditatang, diiqamat semenjak har pertama, dibesarkan penuh kasih sayang, diberi makan pakai yang cukup. Diberi kebahagiaan, diubati jika sakit pening, dipeluk cium sebagai lambang kasih sayang, anak yang mengajar erti kehidupan.

“Jika boleh berganti nyawa, ibu bapa pasti mahu pergi dahulu sebelum anak. Tapi siapa kita untuk melawan takdir?

“Semua rahsia Allah. Hidup perlu jalan terus, yang tinggal hanyalah memori indah kekal menjadi kenangan sampai bila-bila.

“Al-Fatihah Siti Sarah Raisuddin,” begitulah hantartan yang tertulis di hantaran tersebut.

Sebelum ini, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia di Hospital UKM pada 9 Ogos 2021 lalu akibat Covid-19.

Beliau meninggalkan suami, Shuib berserta empat cahaya mata Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash.

Ayash dilahirkan pada 6 Ogos lalu melalui kaedaah pembedahan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz iaitu sebelum Allahyarhamah Siti Sarah menghebuskan nafasnya yang terakhir.

Sama-sama kita sedekah Al-fatihah buat beliau.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3