10+ Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan

Apa jenis pengeluaran KWSP yang dibernarkan ye? Selalunya kita mesti tak sabar menanti usia kita genap 50 tahun atau 55 tahun ke atas kan? sebab kita tahu yang kita boleh keluarkan duit KWSP yang telah dipotong oleh majikan kita dari sejak awal kita mula berkerja dulu.

💡Skim KWSP adalah potongan beberapa persen dari hasil gaji kita untuk penyimpanan di hari tua nanti. Terkadang, sesetengah dari kita akan membeli rumah baru atau membesarkan rumah mereka untuk anak cucu pulang beraya nanti dengan hasil dari wang KWSP yang mereka dapati dari sejumlah wang yang agak besar dan lumayan untuk dinikmati.

10 Jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan

💡Ada juga yang teringin pergi menunaikan umrah bersama pasangan mereka di hari tua ini bersama-sama. Disebabkan sebelum ini mereka tiada kesempatan untuk mengisi masa lapang serta mengunjungi rumah Allah itu bersama-sama.

💡Tapi, adakah anda tahu yang KWSP dapat dikeluarkan sebelum umur anda genap 50 tahun ke atas? Terdapat lebih 10 jenis pengeluaran KWSP tau. Anda boleh baca dibawah ini.

Senarai Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan

0️⃣1️⃣PENGELUARAN UMUR 50 TAHUN KWSP

Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan dari Akaun 2 apabila ahli mencapai umur 50 Tahun.

Syarat Kelayakan:

✅Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.

✅Ahli berumur di antara 50 Tahun hingga umur 54 Tahun

✅Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2.

0️⃣2️⃣PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN KWSP 

Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan apabila ahli mencapai umur 55 Tahun.

Syarat Kelayakan:

✅Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.

✅Ahli berumur di antara 55 Tahun hingga umur 59 Tahun

✅Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 55.

0️⃣3️⃣PENGELUARAN UMUR 60 TAHUN KWSP (AKAUN EMAS)

Pengeluaran Ini Adalah Peluasan Kepada Pengeluaran Umur 55 Tahun Sedia Ada Selaras Dengan Umur Persaraan Minimum 60 Tahun.

Syarat Kelayakan:

✅Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara

✅Mencapai umur 60 Tahun

✅Mempunyai simpanan KWSP

0️⃣4️⃣PENGELUARAN MENGURANG/MENYELESAIKAN BAKI PINJAMAN PERUMAHAN

Individu; Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada
institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP bagi pembelian secara individu ATAU

Bersama; Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (suami / isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik / individu lain ATAU membantu suami / isteri)

Kelayakan Memohon:

0️⃣1️⃣Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara

0️⃣2️⃣Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan

0️⃣3️⃣Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

0️⃣5️⃣PENGELUARAN HILANG UPAYA

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability)

Kelayakan Memohon:

0️⃣1️⃣Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara;

0️⃣2️⃣Ahli belum mencapai umur 60 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN

0️⃣3️⃣Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun KWSP; DAN

0️⃣4️⃣Ahli tidak lagi bekerja semasa permohonan pengeluaran dibuat

0️⃣6️⃣PENGELUARAN MENINGGALKAN NEGARA

Pengeluaran ini boleh dipohon oleh:

✏️Warganegara Malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara
lain ATAU

✏️Bukan warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia

Kelayakan Memohon:

0️⃣1️⃣Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap (PR) yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan
Malaysia; ATAU

0️⃣2️⃣Bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat/ Pekerja Asing) yang telah tamat tempoh perkhidmatan dan kembali ke
Negara asal; DAN

0️⃣3️⃣Masih mempunyai simpanan dalam akaun KWSP

0️⃣7️⃣PENGELUARAN PENDIDIKAN

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli
(termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

Kelayakan Memohon:

0️⃣1️⃣Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.

0️⃣2️⃣Ahli belum mencapai umur 55 pada tarikh permohonan.

0️⃣3️⃣Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2.

0️⃣8️⃣PENGELUARAN PEKERJA BERPENCEN DAN PENGELUARAN PESARA PILIHAN

Bagi ahli yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan diberi taraf pekerja berpencen:

📁Pengeluaran Kesemua Simpanan Bahagian Pekerja

📁Bahagian Majikan Kerajaan Akan Dikembalikan Kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)

Kelayakan Memohon:

0️⃣1️⃣Pekerja dalam sektor awam dan mencarum sehingga diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ATAU

0️⃣2️⃣Pekerja dalam Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum serta diberi taraf berpencen oleh JPA

0️⃣9️⃣SKIM PELABURAN AHLI

📊Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.

📊Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

📊IPD yang diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli adalah terdiri dari Syarikat Pengurusan Unit Amanah (termasuk Amanah Saham Nasional Bhd), Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang dan Lembaga Tabung Haji.

📊Syarikat Pengurusan Unit Amanah memberi ahli pilihan untuk pelaburan mereka dilaburkan di dalam Unit Amanah.

📊Ahli juga boleh memilih untuk pelaburan mereka diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang secara mandat persendirian.

1️⃣0️⃣PENGELUARAN MEMBINA / MEMBELI RUMAH

📌Pengeluaran KWSP membina rumah membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

📌Pengeluaran KWSP membeli rumah membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

Kelayakan Memohon:

0️⃣1️⃣Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara

0️⃣2️⃣Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan

0️⃣3️⃣Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

1️⃣1️⃣PENGELUARAN SIMPANAN MELEBIHI RM1 JUTA

Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.

Kelayakan Memohon:

0️⃣1️⃣Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU bukan Warganegara Malaysia.

0️⃣2️⃣Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan

0️⃣3️⃣Ahli mempunyai simpanan tidak kurang daripada RM1.05 juta

1️⃣2️⃣PENGELUARAN ANSURAN BULANAN PINJAMAN PERUMAHAN

Pengeluaran KWSP simpanan akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau
pembinaan rumah.

Kelayakan Memohon:

0️⃣1️⃣Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP. Umur maksimum yang dibenarkan ialah 54 tahun 6 bulan; DAN

0️⃣2️⃣Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM600.00 di dalam Akaun 2

0️⃣3️⃣Ahli yang layak memohon adalah:

🔖 Warganegara Malaysia; ATAU
🔖Bukan warganegara Malaysia yang:
Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

1️⃣3️⃣PENGELUARAN KEMATIAN

Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.

Kelayakan Memohon:

🔐Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.

1️⃣4️⃣PENGELUARAN KESIHATAN

Pengeluaran KWSP ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.

Kelayakan Memohon:

0️⃣1️⃣Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara

0️⃣2️⃣Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan

0️⃣3️⃣Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2

1️⃣5️⃣PENGELUARAN HAJI

🛎Pengeluaran Haji bertujuan menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan Haji.

🛎Rasionalnya, untuk memastikan pengeluaran yang dibuat tidak menjejaskan simpanan persaraan ahli.

1️⃣6️⃣PENGELUARAN PERUMAHAN FLEKSIBEL

💎Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.

1️⃣7️⃣PENGELUARAN PERUMAHAN PR1MA

🏡Membantu Ahli KWSP memiliki sebuah rumah di bawah Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dengan memanfaatkan Simpanan KWSP Ahli sedia ada serta caruman bulanan di masa depan.

Sumber Rujukan : KWSP Withdrawals

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia share diatas merupakan tutorial dan rujukan artikel related dengan “10+ Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

2 thoughts on “10+ Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan”

  1. Boleh Saya pakai kwsp duit untuk menyara hidup harian Saya semasa covid 19?Tiada kerja sbb covid 19.

    Reply

Leave a Comment

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!