Home » Isu Semasa » Jenazah Kapten Affendi Selamat Dikebumikan Di Rompin

Jenazah Kapten Affendi Selamat Dikebumikan Di Rompin

Jenazah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten Affendi Bustamy yang maut dalam nahas kemalangan pesawat Hawk 108 semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah di Rompin malam semalam.

Jenazah Allahyarham Mohamad Affendi 31 itu tiba di tanah perkuburan sekitar jam pukul 7.40 malam dan urusan pengembumian dilakukan dengan penuh istiadat ketenteraan dan selesai selepas 1 jam kemudian.

Turut hadir disana, Panglima Tentera Udara Left. Jen. Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Hujan renyai yang turun sebaik sahaja jenazah Allahyarham itu memasuki perkarangan kubur dan berhenti setelah selesai kubur dikambus.

Selesai bacaan talkin, Mohd Asghar Khan menyerahkan bendera TUDM kepada pasangan Allahyarham Nurul Izzat Shari, diikuti dengan istiada menyiram air mawar dan tabik hormat untuk penghormatan yang terakhir.

Allahyarham meninggal dunia dalam kejadian pesawat pejuang Hawk 108 yang terhempas pada 16 November 2021 yang lepas semasa menjalani latihan penerbangan di landasa pangkalan udara Butterworth.

Kejadian itu turut menyebabkan rakan setugas Allahyarham iaitu juruterbang Mejar Mohd Fareez Omar yang cedera dan berada didalam keadaan stabil di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Penafian – Semua yang admin share dihalaman ini sekadar tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Jenazah Kapten Affendi Selamat Dikebumikan Di Rompin” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes