Jemaah Menteri Bakal Mengunakan EV Bermula Tahun Depan


Kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan kenderaan eletrik (EV) kepada semua jemaah Menteri, kata Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) iaitu Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. Katanya, mulai tahun depan, semua perolehan kerajaan akan bergerak kepada kereta elektrik.

Jelas beliau, secara butirannya belum diputuskan lagi oleh kerana tidak banyak lagi kereta elektrik, maka kosnya begitu agak tinggi tapi bila penggunaan lebih banyak kos akan jadi lebih murah sebenarnya. Tambah beliau, isunya sekarang adalah tempat mengecas, jadi pihaknya terpaksa menyediakan fasiliti terlebih dahulu di mana stesen pengecasan perlu dibina.


Sumber: google image

Namun, Ia telah dijelaskan bahawa penggunaan kereta elektrik akan dibuat dalam perolehan kerajaan secara berperingkat bagi mendepani cabaran perubahan iklim. Ia akan selaras dengan kenyataan YAB PM selepas mesyuarat MyCAC pada 21 Jun 2022 lalu yang menyatakan cadangan akan menggunakan kenderaan elektrik dalam penganjuran acara besar kerajaan. Sebenarnya tidak menyatakan bahawa semua Jemaah Menteri akan menggunakan kereta elektrik pada tahun hadapan,  petik kenyataan di Instagram Tuan Ibrahim.

 




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3