JDT Tempah Final Piala Malaysia!


Slot final TM Piala Malaysia 2022 menjadi milik Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila berjaya menundukkan Sabah dengan agregat 4-1 selepas melakar kemenangan 3-1 pada aksi separuh akhir kedua, semalam di Stadium Sultan Ibrahim.

JDT Tempah Final Piala Malaysia! 1
Ia bakal menjadikan pentas final ketiga berturut-turut buat JDT dalam saingan Piala Malaysia selepas mereka turut layak pada musim 2019 dan 2021.


Berdepan lawan yang tempang susulan kecederaan ramai pemain utama, tuan rumah jelas mendominasi permainan sebaik aksi dimulakan pengadil bertugas, Nazmi Nasaruddin.

Sila Baca Disini : Panji Asia Di Piala Dunia Qatar!

JDT Tempah Final Piala Malaysia!

Ia jelas dibuktikan apabila jentera serangan JDT yang diketuai Bergson da Silva memberikan ancaman berbahaya ke arah pintu gol Sabah.


Namun penjaga gol lawan, Damien Chien Khai Lim beraksi dengan baik bagi menggagalkan percubaan dimiliki JDT pada 30 minit awal permainan dengan hampir empat serangan berbahaya diselamatkannya.

Memasuki minit ke-35, kecemerlangan penjaga gol tersebut terhenti apabila beliau gagal menafikan tandukan Bergson untuk meletakkan JDT dihadapan.

Gawang Sabah dibolosi lagi berselang enam minit kemudian apabila hantaran jauh berkualiti tinggi dilakukan Afiq Fazail terus mencari Arif Aiman Mohd Hanapi yang berada dalam kawasan penalti.


JDT Tempah Final Piala Malaysia! 2
Melihatkan Fernando Forestieri memiliki peluang lebih baik untuk mendapatkan jaringan, Aiman memberikan ruang kepada pemain import tersebut bagi melakukan percubaan voli dalam kawasan penalti sekali gus memberikan kelebihan dua gol buat skuad Harimau Selatan.

Arif Aiman hampir mendapat peluang untuk menambah jaringan ketiga tetapi percubaannya dari jarak dekat diselamatkan oleh Damien Lim menggunakan kakinya pada masa kecederaan babak pertama.

Taiki Kagayama memberikan sedikit harapan buat skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk bangkit apabila beliau berjaya melakukan tolakan susulan pada minit ke-47 bagi merapatkan defisit jaringan.


Safawi Rasid terlepas peluang untuk menambah jaringan pada masa kecederaan apabila sepakan penalti yang diambil sekadar tinggi melewati palang gol.

Kekecewaan Safawi itu ditebus seorang lagi pemain gantian, Syafiq Ahmad yang mudah menolak masuk bola susulan hantaran lintang Syahmi Safari untuk memastikan kemenangan 3-1.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3