JDT Meraih Kemenangan Dengan Penuh Dramatik Di Minit Akhir Permainan!


Negeri Sembilan vs JDT. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.


Fernando Forestieri menjaringkan gol jarak jauh bertaraf dunia pada minit terakhir waktu kecederaan untuk memastikan Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih kemenangan dramatik 1-0 ke atas Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi.

JDT Meraih Kemenangan Dengan Penuh Dramatik Di Minit Akhir Permainan! 2

Kemenangan itu turut memastikan JDT kembali memintas skuad Jang berkenaan di tangga teratas Liga Super dengan 15 mata, satu mata mengatasi pencabar terdekat itu biarpun Harimau Selatan memegang kelebihan dua perlawanan dalam tangan.

Penjaga gol Negeri Sembilan, Syihan Hazmi Mohamed beraksi cemerlang menafikan setiap percubaan yang dilakukan JDT sepanjang 90 minit tetapi tambahan masa 10 minit yang diberikan pengadil mengubah keseluruhan cerita di Paroi.


JDT Meraih Kemenangan Dengan Penuh Dramatik Di Minit Akhir Permainan! 3

Dengan laungan semangat “Hobin Jang Hobin” dari segenap tempat duduk penyokong Negeri Sembilan beraksi dengan semangat luar biasa sejak dari awal permainan dan hampir memecahkan kebuntuan menerusi sentuhan Nasrullah Haniff Johan yang tersasar selepas menerima bola daripada sepakan sudut.

JDT Meraih Kemenangan Dengan Penuh Dramatik Di Minit Akhir Permainan! 4

Rentak sama dibawa kedua-dua pasukan dalam babak kedua di mana Negeri Sembilan lebih memilih untuk bertahan dan menanti peluang serangan balas.

Ketika kedua-dua pasukan kelihatan akan berkongsi mata menjelang penghujung 90 minit waktu sebenar, pengadil Nazmi Nasaruddin, mengambil keputusan untuk melanjutkan perlawanan dengan 10 minit waktu kecederaan dan ia merupakan satu keputusan yang dilihat tidak disenangi oleh ketua jurulatih tuan rumah, K. Devan.


JDT Meraih Kemenangan Dengan Penuh Dramatik Di Minit Akhir Permainan! 5

Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya JDT untuk memburu gol kemenangan dan Forestieri pada minit ke-101 melepaskan satu rembatan lambung yang menuju tepat ke penjuru kanan atas gawang Syihan Hazmi.

Kegembiraan pemain dan staff kejurulatihan JDT terpancar jelas apabila kesemuanya berlari meraikan jaringan serta kemenangan tersebut bersama para penyokong setia Harimau Selatan.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3