JDT bertemu Kuala Lumpur City FC dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia


Johor Darul Takzim FC bertemu Kuala Lumpur City FC di peringkat Akhir piala Malaysia Ke-100 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.


Sinonim dengan perlawanan akhir, aksi menari, epik dan menggembirakan sudah tentu menjadi sejarah buat para peminat bola sepak tempatan tanah air.

Berdasarkan statistik, kadar kemenangan JDT sepanjang kempen kejohanan berprestij itu adalah lebih tinggi berbanding KL CITY FC iaitu 80 peratus, selain mereka mengumpul 19 gol dan menjadi pasukan yang mempunyai rekod kurang bolos dan hanya dibolosi dua gol sahaja.

Sementara KL City FC pula meledak 17 gol dan bolos enam, kadar kemenangan yang mereka miliki adalah sebanyak 60 peratus. Namun faktanya, bila skuad lembah klang itu bermain di Kuala Lumpur tiada pasukan yang berjaya mencapai kemenangan sepanjang musim ini.

Tak sabar rasnya menantikan perlawanan yang pasti memberikan aksi yang menarik. Untuk menonton siaran langsung anda boleh ke youtube UNIFI TV atau menontonnya di chanel RTM Sport.

 

Disclaimers – Semua artikel admin share dihalaman ini sekadar tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “JDT bertemu Kuala Lumpur City FC dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.