JDT Bernasib Baik Raih Kemenangan!


Johor Darul Ta’zim (JDT) memperoleh bekalan tipis dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia selepas menundukkan Sabah FC 1-0 di Stadium Likas malam tadi.


JDT Bernasib Baik Raih Kemenangan! 1
Jaringan Arif Aiman Hanapi pada minit ke-34 menjadi pemisah buat kedua-dua pasukan dalam perlawanan ini, sementara pelawat terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain apabila Feroz Baharudin dilayangkan kad kuning kedua selepas menjatuhkan Saddil Ramdani.

JDT hadir ke Likas dalam usaha mendapatkan kelebihan dalam aksi pertama separuh akhir, dan mereka mengasak tuan rumah seawal minit kedua perlawanan, Bergson da Silva melepaskan rembatan daripada luar kotak penalti namun percubaan sekadar tersasar.

Sila Baca Disini : Tiada Siapa Boleh ‘Berasap’ Mulutnya!


JDT Bernasib Baik Raih Kemenangan!

Arif turut berpeluang memberikan gol pendahuluan pada minit ke-14, berjaya melepaskan diri daripada benteng pertahanan lawan dan melepaskan rembatan namun berjaya ditepis penjaga gol, Damien Lim.

JDT Bernasib Baik Raih Kemenangan! 2
Jaringan akhirnya tiba buat juara Liga Super itu, Arif terbukti menjadi masalah utama buat Sabah FC yang berusaha mengepung pemain muda itu namun dia berjaya melepaskan rembatan dari luar kotak penalti untuk menghasilkan jaringan.

Selepas perlawanan bersambung di separuh masa kedua, Sabah memperoleh peluang untuk menyamakan kedudukan, Saddil mengambil sepakan percuma namun berjaya ditepis penjaga gol JDT, Farizal Marlias.


JDT berpeluang untuk menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti, namun Damien bijak membaca sepakan Bergson sekaligus menghidupkan peluang buat tuan rumah menyelamatkan perlawanan ini.

JDT terpaksa meneruskan permainan dengan 10 pemain apabila Feroz dilayangkan kad kuning kedua ekoran terjahan yang dilakukan terhadap Saddil, mereka juga bakal tanpa Leandro Velazquez dalam aksi kedua di Stadium Sultan Ismail yang digantung satu perlawanan.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3