Jawigram
Penulisan jawi menggunakan papan kekunci biasa mungkin agak sedikit mencabar berbanding dengan menulis menggunakan tulisan rumi. Yang terbaharu dalam usaha memudahkannya, salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh pembangun tempatan adalah Jawigram.
Jawigram adalah sebuah bot untuk Telegram yang memudahkan pengguna mengubah tulisan rumi ke jawi dengan mudah sahaja.
Dengan sangat mudah pengguna hanya perlu menaip sahaja perkataan yang ingin ditukarkan kepada jawi, ia akan melakukannya secara automatik.
Seperti biasa, pengguna perlu menggunakan tulisan bahasa Malaysia dengan penuh untuk berjaya menggubahnya kepada tulisan jawi ini.
Kelebihan Jawigram juga turut membantu pengguna dalam mempelajari perkataan dan tulisan jawi baru untuk setiap hari.
Bagi anda yang berminat, anda boleh menambah Jawigram di Telegram anda hari ini, dan menggunakannya dalam lebih mendalami tulisan Jawi.
Semoga perkongsian ini berguna untuk anda!