Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut peluang menyertai kerjaya TUDM, sila layari laman sesawang kerjaya.airforce.mil.my atau hubungi kami di talian 03-26812412 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
Beberapa syarat ditetapkan dalam pemilihan sebagai TUDM ini, sayarat asas perlu lepasi terlebih dahulu diikuti dengan syarat fizikal pemohon dan kealyakkan akedemik.
SYARAT ASAS PERMOHONAN
Berikut adalah syarat asas perlu ada unuk anda membuat permohonan sebagai kerjaya TUDM.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 24 tahun pada tarikh angkat sumpah.
- Penglihatan –
- Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
- Tidak rabun warna.
- Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran
- Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
- Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
SYARAT FIZIKAL
Tinggi:
- Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
- Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
Berat:
- Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
- Berat Badan Minima Wanita 40.5 kg
Indeks Jisim Badan (BMI) :
- Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25
KELAYAKAN AKADEMIK
- SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
- SVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan lulus subjek Bahasa Melayu Kod 1104 dan salah satu subjek berikut: Matematik atau Bahasa Inggeris atau salah satu subjek Sains (dipaparkan dalam transkrip). [Gaji Permulaan : RM1,564.00 (SKIM SPM)]
- SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
- SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
- DIPLOMA PELBAGAI BIDANG – Diploma dalam pelbagai bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,564.00 (SKIM SPM)]
- DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
- Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon) melalui web rasmi TUDM di kerjaya.airforce.mil.my
- Log masuk ke bahagian pemohon.
- Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
- Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.
Info Tambahan :
- Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
- Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
- Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
- Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.
Sumber Rujukan :