Home » Jawatan Kosong » Jawatan Kosong UPSI – Pegawai Tadbir N41

Jawatan Kosong UPSI – Pegawai Tadbir N41

Jawatan Kosong UPSI. Portal kerja kosong kerajaan terkini membuka peluang pekerjaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-

Maklumat Jawatan Kosong

Jawatan Yang Ditawarkan:

  • Kumpulan Perkhimatan: Pengurusan dan Profesional
  • Jawatan: Pegawai Tadbir N41
  • Taraf Lantikan: Kontrak
  • Gaji: RM2,080.00 – RM9,546.00

Syarat Dan Kelayakan Umum

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan untuk layak memohon .
4. Lain-lain kelayakan dan bidang tugas bagi setiap jawatan, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)

1. Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my).

2. Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini profail dan jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.

3. Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian ini. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.

4. Setelah permohonan lengkap diisi,

4.1 sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan;
4.2 sila sertakan salinan keputusan-keputusan peperiksaan, sijil-sijil Kokurikulum dan sebagainya
yang berkaitan (yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas);
4.3 cetakan permohonan dihantarkan ke alamat seperti di bawah;
4.4 pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf kontrak / sementara) perlu menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Pendaftar UPSI melalui Ketua Pusat
Tanggungjawab (PTj).

5. Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa di bahagian Berita/Maklumat Terkini di myjobs.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara atas talian di ruangan tersebut.

6. Pemohon diminta mengisi alamat emel yang aktif. Permohonan secara atas talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.

7. Pemohon tidak boleh dikalangan pelajar yang sedang mengikuti program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bagi pemohon yang telah habis belajar tetapi belum bergraduat, sila kemukakan salinan surat tamat pengajian.

8. Sila hantarkan permohonan ke:

Unit Perjawatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak

Makluman Penting

i) Diharap pemohon-pemohon dapat mengisi borang jawatan kosong tersebut selengkapnya dan menhantar permohanan sebelum tarikh tutup pada 28 November 2021.

ii) Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

iii) Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.

iv) Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM 05 – 450 6328 / 6338 / 6399

Info Lain-lain

Sumber Rujukan & Iklan Penuh Jawatan Kosong UPSI

Semoga berjaya dalam permohonan ini. Untuk memohon lain-lain jawatan, sila layari page kami disini: Jawatan Kosong.

Disclaimers – Semua artikel admin share dihalaman ini merupakan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Jawatan Kosong UPSI – Pegawai Tadbir N41” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes