Home » Jawatan Kosong » Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak – Gaji RM1,505 – RM5,696

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak – Gaji RM1,505 – RM5,696

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak

Sejarah UiTM Perak

Institut Teknologi MARA telah dirasmikan penubuhannya pada 1 Januari 1985 oleh YAB Tan Sri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak. Kampus Cawangan ini merupakan kampus yang kelapan daripada 12 buah kampus ITM di seluruh negara termasuk kampus induk di Shah Alam.

Penubuhan Kampus ini telah dijalankan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah menyewakan beberapa buah rumah kedai serta rumah teres kepada ITM Perak sebagai kampus sementara di Bandar Baru Seri Manjung yang terletak lebih kurang 86km ke Barat Bandaraya Ipoh.

Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI SAINS C29

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Matematik atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut (Gaji permulaan ialah pada Gred C29: RM1,505.00); atau

(ii) Diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred C29: RM1,782.91); atau

(iii) Diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred C29: RM1,858.12).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Tarikh Tutup Permohonan : 01 Disember 2021 (Rabu)

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan

Anda Ingin Mohon Jawatan Kosong:

Semoga Anda Berjaya!

Penafian – Semua artikel admin share dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak – Gaji RM1,505 – RM5,696” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes