Home » Jawatan Kosong » Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan – TarikhTutup 8 Oktober 2021

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan – TarikhTutup 8 Oktober 2021

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan

Latar Belakang

Visi

Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

Jawatan Akademik:

  1. PROFESOR VK7
  2. PROFESOR MADYA DM53
  3. PENSYARAH KANAN DM51
  4. PENSYARAH DM45

Jawatan Pentadbiran:

  1. PEGAWAI PERUBATAN UD47
  2. PENOLONG PEGAWAI KEBUDAYAAN B29
  3. PENOLONG JURUTERA (AWAM) JA29
  4. PEGAWAI EKSEKUTIF (HAL EHWAL ISLAM) N29
  5. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
  6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (HAL EHWAL ISLAM) N19
  7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (HAL EHWAL ISLAM) N19
  8. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19

Cara memohon:

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di pautan: https://pengambilancns.uitm.edu.my/
  2. Sekiranya anda terpilih untuk ditemuduga. Sila bawa bersama dokumen asal dan satu salinan borang yang telah dicetak dan disahkan ke sesi temuduga. Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan mengikut susunan berikut:
    • Borang Permohonan
    • Kad Pengenalan
    • Sijil Kelahiran
    • Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
    • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
    • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
    • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/penetapan gaji
    • Salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat).
    • Dokumen berkaitan yang dipohon
  3. Maklumat tambahan, bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:
    • Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke
      atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah
      Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan
      Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara
    • Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
  4. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  5. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link yang admin sediakan di bawah

Tarikh Tutup Permohonan : 08 Oktober 2021 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang

KLIK DISINI UNTUK MOHON

Mohon juga: myPDPP: Pengambilan Khas Guru Kontrak DG41 (One-Off) 2021

Penafian – Semua yang kami kongsikan dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan – TarikhTutup 8 Oktober 2021” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!