Home » Jawatan Kosong » Jawatan Kosong Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)

Jawatan Kosong Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)

Latar Belakang

Pada 1 Julai 2006, Perbadanan Air Melaka telah melalui satu transformasi iaitu dikorporatkan menjadi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Penswastaan ini diambil untuk mempertingkatkan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna negeri ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan melalui penswastaan. Selepas dikorporatkan, SAMB telah diberi peranan dan bidang kuasa yang lebih luas tanpa menjejaskan segala aktiviti asal Perbadanan Air Melaka. Pengkorporatan SAMB ini adalah sebagai usaha Kerajaan Negeri bagi memantapkan pengurusan serta pengagihan bekalan air kepada rakyat negeri ini dengan fungsi, objektif, peranan dan kuasa SAMB yang lebih meluas.

Jawatan:

1. KETUA JABATAN KEWANGAN

Syarat Lantikan:

  1. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  2. Mempunyai kelayakan professional ACCA atau CIMA serta dan ahli berdaftar dengan MIA atau berpengalaman dalam isu perakaunan secara operasi dan teknikal;
  3. Lulus kursus/latihan dan/atau ujian yang ditetapkan oleh Syarikat;
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman dalam sektor korporat berkaitan pengurusan kewangan.

Syarat Tambahan:

  1. Keutamaan Anak Melaka atau pasangan atau ibu bapa berasal dari Melaka atau yang menetap di Negeri Melaka;
  2. Tiada hubungan kekeluargaan (pasangan, ibu bapa, anak, adik-beradik) yang bekerja di SAMB.

Bidang Tugas Utama :

  • Bertanggungjawab untuk menyelia prestasi kewangan Syarikat dengan memantau bajet menggunakan kemahiran analitikal (advanced analytical skill) dan menyelesaikan masalah (problem solving skill).
  • Bertanggungjawab untuk menasihati Pengurusan Tertinggi dalam membuat keputusan berdasarkan prestasi dan maklumat kewangan Syarikat.
  • Bertanggungjawab dalam pembangunan pelan perniagaan dan pengurusan kewangan Syarikat. Memastikan polisi dan prosedur kewangan Syarikat dilaksanakan secara teratur. Memastikan laporan kewangan Syarikat dan rekod perakaunan mematuhi undang-undang dan peraturan yang digunapakai.
  • Bertanggungjawab dalam memimpin pasukan kerja yang aktif dan positif, hubungan kerjasama yang baik antara pihak dalaman, luaran, berkepentingan dalam memastikan pengurusan kewangan berimpak tinggi serta mengawal selia prestasi dan operasi kewangan Syarikat.

Tarikh Tutup Permohonan: 07 Disember 2021

KLIK DISINI UNTUK MOHON

Anda ingin Mohon Jawatan Kosong:

Disclaimers – Bahan yang admin kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan ringkasan yang related dengan “Jawatan Kosong Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes