Home » Jawatan Kosong » Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) – 3 September 2021

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) – 3 September 2021

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

Latar Belakang

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( 1964 ) sebagai sebuah badan berkanun dan agensi pembangunan negeri Selangor.

Jawatan:

  1. PEGAWAI TADBIR (PERUNDANGAN) GRED N41
  2. PENOLONG JURUUKUR GRED JA29

Syarat Lantikan Pegawai Tadbir (Perundangan) Gred N41:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan pada Gred N41 : RM2,283.43); atau;

(ii) Sijil Amalan Guaman. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,283.43); atau

(iii) Barrister-at-law-England. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,283.43); atau

(iv) Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulation Authority. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,283.43)

Syarat Lantikan Penolong Juruukur Gred JA29:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau;

(ii) Diploma dalam bidang ukur tanah/Sains Geomatik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)

Cara Membuat Permohonan:

i) Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia atau dengan memuat turun borang dari laman web http://www.pkns.gov.my berserta syarat-syarat dan maklumat jawatan. Borang yang lengkap diisi dan berserta salinan sijil-sijil yang lengkap hendaklah dihantar kepada:-

Pengurus Besar Pentabiran & Sumber Manusia
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR
Bahagian Sumber Manusia, Tingkat 4, Blok B
Bangunan Ibu Pejabat PKNS
No 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

ii) Permohonan daripada anggota yang sedang berkhidmat di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor mestilah dibuat melalui Ketua Bahagian masing-masing.

iii) Pemohon daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut peraturan di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan kemas kini serta Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama dalam permohonan tersebut. Permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.

Tarikh Tutup Permohonan : 03 September 2021 (Jumaat)

* Sila baca maklumat & arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini serta muatturun borang permohonan melalui link yang admin sediakan di bawah.

Maklumat Iklan Lengkap

Muatturun Borang Permohonan

Penafian – Semua artikel kami kongsikan diatas hanyalah tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) – 3 September 2021” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!