Home » Jawatan Kosong » Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) – Gaji RM1,549 – RM9,585 Sila Mohon!

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) – Gaji RM1,549 – RM9,585 Sila Mohon!

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Latar Belakang

Pada umumnya, Majlis Bandaraya Ipoh selaku Pihak Berkuasa Tempatan merupakan sebuah Pertubuhan Perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebagai satu badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir kawasan Bandar raya Ipoh berasaskan kepentingan tempatan, begitu juga sebagai pihak berkuasa perancang tempatan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), MBI diberi tanggungjawab secara langsung oleh Undang-undang untuk merangka dan melaksanakan dasar-dasar perancangan pembangunan berasaskan lokaliti setempat bersesuaian dengan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kini, kawasan sempadan Majlis meliputi kawasan seluas 643 km persegi dengan bilangan penduduk berjumlah lebih 720,000 orang. Sebagai ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh berperanan sebagai pusat pentadbiran, perdagangan, sukan, kewangan, politik, keagamaan dan juga pendidikan. Kini di bawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus menerus berusaha untuk menjadikan bandaraya ini sebagai sebuah bandaraya yang dinamik dan unggul.

Jawatan:

  1. PEGAWAI PENILAIAN W41
  2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
  3. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29

Cara Memohon

Permohonan hendaklah menggunakan aplikasi atas talian (online) sahaja dengan melayari laman web Majlis Bandaraya Ipoh di www.mbi.gov.my dan pemohon akan dihubungkan ke Portal Perak Digital (Aplikasi Kerajaan Negeri Perak). [Link memohon tersebut admin ada sediakan di bawah]

Catatan Am

(a) Pihak Majlis berhak menentukan asas-asas tapisan dalam menyenarai pendek calon-calon yang layak dipanggil untuk sesi ujian / temuduga.

(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(c) Hanya calon-calon yang diperakui sihat untuk berkhidmat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar sahaja yang layak dilantik mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah

Mohon juga: Jawatan Kosong KLCC (Holdings) Sdn Bhd – Mohon Segera!

Tarikh Tutup Permohonan : 20 Oktober 2021 (Rabu)

Klik Untuk Baca Maklumat Lanjut Iklan

Klik Untuk Mohon Melalui Online

Semoga Anda Berjaya!

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia share dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan ringkasan yang related dengan “Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) – Gaji RM1,549 – RM9,585 Sila Mohon!” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes