Home » Jawatan Kosong » Jawatan Kosong Kerajaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN) – [57 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN) – [57 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN)

Sejarah

Jabatan PERHILITAN dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Mergastua. Pada tahun 1896 undang-undang pertama mengenai hidupan liar telah diwujudkan. Dalam tahun 1902 rezab hidupan liar yang pertama iaitu Rezab Hidupan Liar Chior telah diwartakan. Usaha-usaha untuk menubuhkan satu agensi pusat untuk menyelaraskan aktiviti pemuliharaan habitat dan spesies hidupan liar telah bermula pada tahun 1930, dengan pelantikan En. T.R. Hubback, bekas Pelindung Mergastua (Game Warden) Negeri Pahang, sebagai ketua kepada Suruhanjaya Hidupan Liar Malaya.

Pada tahun 1955, satu perundangan baru, “The Wild Animals and Wild Birds Protection Ordinance” telah diwujudkan untuk menyelaraskan penguatkuasaan terhadap perlindungan hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, pentadbiran Jabatan masih di bawah Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkaitan. Antara tahun 1972 dan 1976, Kerajaan Persekutuan selepas berbincang dengan Kerajaan-kerajaan Negeri telah mengambil alih pentadbiran semua Jabatan Mergastua Negeri di Semenanjung Malaysia berikutan penguatkuasaan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 1972, Akta 76. Jabatan Mergastua kemudiannya dinamakan sebagai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau ringkasnya Jabatan PERHILITAN.

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH

1. PEGAWAI HIDUPAN LIAR GRED G41 – 57 Kekosongan

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN) seluruh negeri. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Tarikh Tutup Permohonan : 02 September 2021 (Khamis) jam 11:59 malam

Baca Iklan Lengkap

Deskripsi Tugas Jawatan

KLIK DISINI UNTUK MOHON

Mohon juga: Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor – Tarikh Tutup 2 September 2021

Penafian – Semua yang admin share diatas sekadar panduan tutorial dan rujukan yang related dengan “Jawatan Kosong Kerajaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN) – [57 Kekosongan]” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!