SURUHANJAYA Perkhidmatan Awam SPA menerusi laman sesawang rasminya telah mengeluarkan hebahan jawatan kosong sebagai pembantu pembantu tadbir kewangan gred w19 di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dimana bagi yang berminat boleh membuat permohonan di laman sesawang rasmi SPA.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Jabatan Perkhidmatan Awam atau dalam singkatannya JPA merupakan sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang dipertanggungjawabkan bagi merancang, membangun, dan mengurus sumber manusia untuk perkhidmatan awam. Dalam kata lain yang lebih jelas, jabatan ini adalah seperti Bahagian Sumber Manusia dalam sebuah syarikat swasta.
Tugas Pembantu Tadbir Kewangan
Berikut adalah tugas pembantu tadbir kewangan gred w19
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
- Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
- Mengurus dan mengawal peruntukan.
- Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
- Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
- Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.
Senarai Jawatan Yang Dihebahkan
- Pembantu Tadbir Kewangan Gred w19
Jumlah kekosongan jika dicampur dengan KKM sekali adalah.
- Kekosongan : 35
- Simpanan : 200

Syarat Permohonan
Syarat utama seperti anda mestilah Warganegara Malaysia serta Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan wajib anda penuhi, lain-lain syarat akedmik boleh rujuk di spa Syarat Jawatan Pembantu Tadbir Kewangan.
Cara Memohon
Step 1 – Daftar/Login
Permohonan melalui website Rasmi spa iaitu:
*Kalau slow tu harap bersabar mungkin ramai tengah isi.
Step- 2 Kalau Dah Daftar
Disclaimers : Artikel yang dikongsikan ini merupakan perkongsian cara bagaimana untuk membuat permohonan jawatan sebagai “pembantu tadbir kewangan” di spa sahaja, bukan mohon melalui website ini, segala rujukan adalah bersandarkan laman rasmi SPA.
Kalau anda pengguna sedia ada SPA anda hanya perlu ke bahagian “Jawatan Dimohon” dan terus ke “Jawatan SPA”.
Step 3 – Ketik Mana Nak
Cari jawatan “Pemabantu Tadbir Kewangan” dan seret ke kanan, dah sattle ketik simpan.
Step 4 – Hatar Permohonan
Masuk bahagian pengakuan permohonan dan ketik “Perakuan” dan nampak latihan yang anda pilih tadi? sila baca pengakuan permohonan terlebih dahulu dan ketik “Saya Setuju” jika anda setuju dan terus Hantar.
Step 5 – Semak Permohonan
Semak semula permohonan anda di bahagian “Semak Permohonan” takut tak masuk atau tersilap. kalau dah ada makanya anda dah berjaya buat permohonan dan tunggu sentiasa semak status kalau dapat kelak. Good Luck.
Bila Tarikh Tutup?
Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 jun 2020 (Ahad)
Kelayakkan Akademik Apa?
Melibatkan sijil akademik SPM/SKM/Sijil Perdagangan Malaysia
Bagaimana Nak Semak Keputusan Nanti?
Dah buat permohonan, jika layak SPA akan hubungi anda menerusi email untuk fasa seterusnya.
Disclaimers : Artikel yang dikongsikan ini merupakan perkongsian cara bagaimana untuk membuat permohonan jawatan sebagai “pembantu tadbir kewangan” di spa sahaja, bukan mohon melalui website ini, segala rujukan adalah bersandarkan laman rasmi SPA.