Home » Jawatan Kosong » Jawatan Kosong Bank Negara Malaysia (BNM) – Pelbagai Jawatan Untuk Anda!

Jawatan Kosong Bank Negara Malaysia (BNM) – Pelbagai Jawatan Untuk Anda!

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di Bank Negara Malaysia (BNM)

Latar Belakang

Bank Negara Malaysia (Bank Negara Malaysia), ialah sebuah badan berkanun yang mula beroperasi pada 26 Januari 1959. Bank Negara Malaysia ditadbir oleh Akta Bank Negara Malaysia 2009. Peranan Bank Negara Malaysia adalah untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan . Ini bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan.

Pendirian dasar monetari Bank Negara Malaysia adalah untuk mengekalkan kestabilan harga sambil kekal menyokong pertumbuhan. Bank Negara Malaysia juga bertanggungjawab ke atas kestabilan sistem kewangan. Ini dicapai dengan membangunkan sektor kewangan yang kukuh, berdaya tahan, progresif dan pelbagai yang berfungsi untuk menyokong sektor ekonomi benar. Ia juga memainkan fungsi penting dalam melaksanakan inisiatif untuk mendalami dan mengukuhkan pasaran kewangan, termasuk pasaran pertukaran asing.

Bank Negara Malaysia telah memainkan peranan pembangunan yang penting dalam membangunkan infrastruktur sistem kewangan dalam memajukan agenda rangkuman kewangan. Ini bagi memastikan semua sektor ekonomi dan segmen masyarakat mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan. Di samping itu, Bank Negara Malaysia juga menyelia infrastruktur sistem pembayaran negara yang menekankan kepada kecekapan dan keselamatan sistem kewangan.

Sebagai jurubank dan penasihat kepada Kerajaan, Bank Negara Malaysia menyediakan nasihat mengenai dasar makroekonomi dan pengurusan hutang awam. Bank Negara Malaysia juga merupakan pihak berkuasa tunggal dalam mengeluarkan mata wang negara dan dalam menguruskan rizab antarabangsa negara.

Jawatan:

1. FIRST LEVEL EXECUTIVE, PRICE SURVEILLANCE & RESEARCH

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

2. FIRST LEVEL EXECUTIVE, RESEARCH AND MODELLING I MONETARY POLICY DEPARTMENT

3. FIRST LEVEL EXECUTIVE, IT RISK SUPERVISION

Makluman:

  • Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui Jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.
  • Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah.

Tarikh Tutup Permohonan: 15 – 16 December 2021

KLIK DISINI UNTUK MOHON

Anda Ingin Mohon Jawatan Kosong:

Semoga Anda berjaya!

Disclaimers – Bahan artikel admin kongsikan diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Jawatan Kosong Bank Negara Malaysia (BNM) – Pelbagai Jawatan Untuk Anda!” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!