Home » Isu Semasa » Jawapan Dari Peguam Kenapa Tertuduh Dalam Kes Buli Zulfarhan Terlepas Hukuman Mati?

Jawapan Dari Peguam Kenapa Tertuduh Dalam Kes Buli Zulfarhan Terlepas Hukuman Mati?

Selepas mendapat keputusan dari pihak Hakim iaitu Datuk Azman daripada Mahkamah Tinggi mengenai hukuman enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang mana , tertuduh terlepas daripada hukuman gantung sampai mati di atas pertuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu, masyarakat menjadi kecoh akibat daripada keputusan tersebut.

Hukuman yang dikenakan terhadap enam tertuduh utama iaitu Akmal Zuhairi, Azamuddin Mad Sofi, Najib Mohd Razi, Afif Najmudin, Abdoul Hakeemm dan Mohamad Shobirin hanyalah selama 18 tahun penjara manakala bagi 12 orang tertuduh yang lain pula hanay dipenjara selama 3 tahun penjara kerana bersubahat.

Peguambela Syafiqsb123 yang membela tertuduh menjelaskan di akaun tik toknya sebab hukuman tersebut ditukar daripada Seksyen 302 yang membawa hukuman gantung sampai mati kerana pelaku dalam kes Zulfarhan tersebut telah didapati bersalah menyebabkan kecederaan tanpa niat untuk membunuh Allahyarham Zulfarhan.

Yang mana kes ini adalah kecederaan tanpa niat bukan dengan niat membunuh.

Seramai enam orang tertuduh yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 telah ditukar kepada Seksyen 304 (a) Kanun Kesekssan yang dipinda daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 30 tahun.

12 lagi tertuduh, yang juga penuntut UPNM turut terlibat disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 7 tahun.

Dikatakan bahawa Allahyarham Zulfarhan dilaporkan telah didera dengan kesan lecur 80 peratus pada tubuh badan sebelum meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Kejadian yang meyebabkan perkara itu berlaku dipercayai terjadi di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat UPNM Kem Perdana, Sungai Besi antara jam 2.30 pagi hingga 5.30 pagi 21 Mei 2017.

Semoga Allahyarham Zulfarhan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Aminnnn..

 

Penafian – Bahan yang admin kongsikan dihalaman ini hanyalah panduan dan rujukan yang berkaitan dengan “Jawapan Dari Peguam Kenapa Tertuduh Dalam Kes Buli Zulfarhan Terlepas Hukuman Mati?” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes