Home » Gosip Artis Malaysia » Jasmin Hamid Selamat Diijabkabul Dengan Teruna Pilihannya.

Jasmin Hamid Selamat Diijabkabul Dengan Teruna Pilihannya.

Pada tarikh 19 November Jasmin Hamid iaitu seorang pelakon yang sudah berada lama di dalam industri seni telah melangsungkan pernikahan serba ringkas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan jejaka pilihannya .

Perkara itu telah dikongsi di laman sosial apabila dia memuat naik gambar berbusana pengantin dengan pasanganya yang mengenakan baju pengantin putih sedondon.

Dia ada menyatakan bahawa mereka sama sekali tidak bercinta dan tidak sangka jodohnya dengan insan yang sudah 8 tahun membantu menguruskan kerjaya seninya.

Jasmin menjelaskan mereka hanya melakukan perkara wajib sahaja dan tidak melakukan majlis secara besar-besaran kerana ingin memudahkan urusan mereka sekeluarga. Hanya membuat majlis bersama keluarga dari kedua belah pihak.

Ini adalah pernikahan kali kedua buat Jasmin Hamid, 47 dan suaminya ini adalah pembantu peribadinya, Nazmir Abd Rahim, 35 yang sudah lama bersamanya mambantu dalam dunia seni.Pernikahan ini juga sememangnya agak mengejutkan ramai pihak kerana langsung tiada ura-ura bahawa mereka sedang bercinta.

Pada Majlis pernikanyang berlaku , suaminya Nazmir telah memberikan mas kahwin sebanyak RM80 dan Jasmin hanya meminta sepersalinan alat solat sahaja sebagai hantaran.
JAsmin Hamid bersyukur apabila manjlis berjalandengan lancar dan gembira kerana seluruh keluarga dan anak-anak menerima keputusannya berkahwin lagi dan tiada halangan untuk itu. Keluarga suaminya turut menerima kehadirannya walaupun beza usia yang agak ketara.
Jasmin yang pernah berkahwin dahulu dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 20 tahun bernama Ian Haziq manakala mempunyai dua orang anak angkat iaitu Lukhman Hakim dan Rohana yang dijaga sejak kecil
Disclaimers – Bahan artikel portalamalaysia share dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Jasmin Hamid Selamat Diijabkabul Dengan Teruna Pilihannya.” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes