PROGRAM JARINGAN PRIHATIN 2021: Bantuan Kredit Telekomunikasi RM180 dan Internet Percuma Bagi Calon SPM dan STPM
Seperti yang diumumkan pada Belanjawan 2021 bantuan subsidi Program Jaringan PRIHATIN akan bermula pada Mac 2021, melibatkan bantuan sejumlah RM180 seorang dan diperuntukkan untuk 8 juta penerima dari golongan B40 bagi kegunaan telekomunikasi.
Bantuan kredit ini boleh digunakan bagi perbelanjaan langganan internet, atau menampung sebahagian kos pembelian telefon pintar baharu.
Hal ini telah diumumkan menerusi kenyataan rasmi oleh Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 18 Disember 2020.
Portal Malaysia ingin berkongsi bantuan Program Jaringan Prihatin.
Baca Juga : Lanjutan Moratorium Maybank: Cara Permohonan Untuk B40, M40 & PKS Sehingga 30 Jun 2021
Program Jaringan Prihatin & Bantuan Internet Bagi Golongan B40, Calon SPM/STPM 2021
Golongan isi rumah B40 & calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di seluruh negara akan berpeluang menikmati kemudahan Internet yang lebih baik melalui pelbagai inisiatif yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan pada suku pertama tahun 2021 nanti.
Berikut senarai bantuan:
1. WIFI Percuma Di 130 PPR Terpilih Seluruh Negara
Enam (6) syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia (TM) dan TIME akan menawarkan capaian WIFI percuma di kawasan umum di 130 Program Perumahan Rakyat (PPR) terpilih di seluruh negara sehingga akhir bulan April 2021.
2. Lanjutan Operasi Pusat Internet Komuniti (PIK)
Waktu operasi semua Pusat Internet Komuniti (PIK) akan dilanjutkan iaitu dari pukul 9.00 pagi sehingga 9.00 malam setiap hari.
3. Subsidi Program Jaringan Prihatin
Kerajaan dengan kerjasama pihak industri juga akan melaksanakan program subsidi Jaringan Prihatin untuk golongan B40 seperti yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021.
Program ini dijangka bermula pada Mac 2021 dan melibatkan peruntukan kredit telekomunikasi bernilai RM180 seorang (RM15 sebulan) atau subsidi bagi menampung sebahagian kos pembelian peranti pintar kepada golongan B40.
4. Data 1GB Percuma Dilanjutkan
Kemudahan data 1GB percuma yang terdahulunya akan tamat pada 31 Disember 2020 bakal dilanjutkan sehingga bermulanya program subsidi Jaringan Prihatin.
5. Pakej Data Khas SPM/STPM 2021
Syarikat-syarikat telekomunikasi memperkenalkan tawaran pakej Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 sehingga tamat peperiksaan pada akhir April 2021.
Pakej ini dijangka akan ditawarkan mulai 6 Januari 2021.
Baca juga: SPS Prihatin Wanita: Permohonan Caruman RM163 Untuk Wanita Bekerja Sendiri 2021
Maklumat Lanjut
Maklumbalas melalui Facebook Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) di SINI.