Home » Permohonan » Cara Mohon Janji Temu Online Pejabat POS (Pembaharuan Lesen & Cukai Jalan JPJ)

Cara Mohon Janji Temu Online Pejabat POS (Pembaharuan Lesen & Cukai Jalan JPJ)

TEMPAHAN JANJI TEMU ONLINE PEJABAT POS MALAYSIA 

Berikutan pengumuman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan (roadtax) & lesen memandu yang akan dibuka semula di Pejabat Pos mulai 9 Ogos 2021, pihak POS Malaysia memaklumkan bahawa janjitemu secara atas talian perlu dibuat terlebih dahulu.

Setiap pelanggan hanya dibenarkan menempah satu (1) slot temujnaji sahaja sehari dan menjalankan tidak lebih daripada tiga (3) urusniaga pada setiap janjitemu.

Portal Malaysia ingin kongsikan cara membuat tempahan slot janji temu Pejabat Pos secara online.

Baca Juga: Sila Renew Lesen Memandu & Roadtax Anda Sebelum 30 September, Tiada Lagi Lanjutan – JPJ

Cara Menempah Slot Janji Temu Online Di Cawangan Pejabat Pos Malaysia

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Bagi membuat temujanji Pejabat Pos online, boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi Pos Malaysia ataupun aplikasi POS Malaysia
  2. Pilih pada menu Outlet Finder
  3. Sila Pilih Negeri > Cawangan Pejabat Pos
  4. Klik pada link Temujanji Online
  5. Sila isikan semua butiran temujanji
  6. Simpan slip temujanji / tangkap layar (screenshot) sebagai bukti ketika hadir di Pejabat Pos nanti

*NOTA: Pelanggan hanya boleh mula membuat temujanji mulai 8 Ogos 2021 ini.

Para pelanggan juga diminta bagi mematuhi segala SOP seperti pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu dilakukan, pengimbasan kod MySejahtera dan penjarakan fizikal 1 meter apabila mengunjungi premis POS Malaysia nanti.

Orang ramai diingatkan agar mengelakkan daripada mengunjungi Pejabat Pos sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala COVID19, bagi keselamatan semua, terima kasih.

Baca Juga: Kemudahan-kemudahan Bagi Individu Yang Lengkap Vaksinasi

Maklumat Lanjut

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak POS Malaysia melalui AskPos di www.pos.com.my ataupun seperti yang tersedia di skin utama aplikasi mudah alih Pos Malaysia.

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia kongsikan dihalaman ini merupakan tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Cara Mohon Janji Temu Online Pejabat POS (Pembaharuan Lesen & Cukai Jalan JPJ)” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!