Home » KWSP » Waktu Operasi & Permohonan Janji Temu Online KWSP Kawasan PKP Dan PKPD

Waktu Operasi & Permohonan Janji Temu Online KWSP Kawasan PKP Dan PKPD

PERMOHONAN JANJI TEMU ONLINE (JTO) KWSP MULAI 1 JULAI 2021

Mulai 01 Julai 2021, KWSP akan membuka semula semua kaunter perkhidmatan cawangan di seluruh negara untuk perkhidmatan terpilih sahaja

Untuk makluman, pada 26 Julai waktu operasi adalah berbeza bagi kawasan PKP dan PKPD.

Jadi, bagi yang ingin berurusan dengan KWSP, pastikan anda sudah booking slot ikut masa dan cawangan terlebih dahulu sebelum pergi ke kaunter. Pastikan anda booking slot anda kerana mereka yang ada temujanji sahaja yang akan dibenarkan ke kaunter.

Portal Rasmi ingin berkongsi Waktu Operasi & Permohonan Janji Temu Online KWSP Kawasan PKP Dan PKPD.

Baca Juga: Program Prihatin Kasih – Bantuan RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan

Perkhidmatan Janji Temu Online KWSP

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh KWSP melalui Janji Temu adalah seperti berikut:

  • Pengeluaran Umur 50, 55 dan 60 Tahun
  • Pengeluaran Kematian
  • Pengeluaran Kesihatan
  • Penyerahan Arahan Bayaran (PO) & cek jurubank pengeluar

Waktu Operasi Kaunter KWSP

Untuk rujukan membuat janji temu KWSP online, waktu Operasi untuk berurusan di kaunter adalah seperti berikut:

Kaunter

  • 8.30 pagi – 2.00 petang kawasan PKP
  • 8.30 pagi – 1.00 petang kawasan PKPD

Cara Buat Janji Temu KWSP Online

Permohonan janji temu yang boleh dibuat melalui cara berikut:

  1. Layari laman rasmi Web KWSP www.kwsp.gov.my dengan mengklik pada pautan Janji Temu Online
  2. Isikan butiran diri dan tujuan janji temu.
  3. Pilih cawangan dan slot masa untuk temu janji anda.
  4. Sila patuhi tarikh dan masa janji temu di cawangan yang telah ditetapkan. Kehadiran yang lewat akan dibatalkan secara automatik dan anda perlu membuat janji temu pada tarikh baharu.
  5. Jika ada masalah, sila hubungi Pusat Panggilan Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.

Untuk memudahkan, sila rujuk langkah dibawah:

  1. Layari laman web KWSP dengan mengklik pada pautan Janji Temu Online
  2. Pilih CAWANGAN
  3. Pilih JENIS urusan
  4. Pilih TARIKH
  5. Tetapkan MASA
  6. Confirmkan dan tekan PILIH SLOT
  7. Sila isikan maklumat peribadi
  8. Buat pengesahan
  9. Tekan butang BUAT JANJI TEMU

**Ahli disarankan untuk hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan pada tarikh janji temu.

Baca Juga: SIP Prihatin 2.0 : Dapat RM300 Elaun Mencari Pekerjaan

Permohonan Untuk Menukar Tarikh Atau Membatalkan Janji Temu

Jangan risau kalau tidak hadir pada waktu temu janji yang anda telah dimohon, sebab ahli boleh menukar tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya 8 jam sebelum tarikh yang ditetapkan itu.

Permohonan penukaran atau pembatalan janji temu boleh dibuat menerusi pautan yang disertakan dalam notis pengesahan permohonan yang akan dihantar melalui e-mel dan juga khidmat pesanan ringkas (SMS).

Maklumat Lanjut

Penafian – Bahan artikel portalamalaysia share dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Waktu Operasi & Permohonan Janji Temu Online KWSP Kawasan PKP Dan PKPD” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!