Home » Isu Semasa » Jangan Riak Mendabik Dada Atas Kemenangan PRN Melaka – Ketua Penerangan UMNO

Jangan Riak Mendabik Dada Atas Kemenangan PRN Melaka – Ketua Penerangan UMNO

Ahli Barisan Nasional diingatkan supaya tidak riak atau mendongak dengan kemenangan BN pada Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka.

Shahril Sufian Hamdan yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, analisa yang teliti perlu dibuat untuk memahamkan dari sudut semua aspek tentang apa yang berlaku di Melaka.

“Post-mortem’ bukan hanya penting sewaktu keputusan tidak berpihak kepada kita. Ia sama penting sewaktu menang supaya kita tidak tersilap membuat kesimpulan meluas.

Beliau juga menambah, sekiranya ada pihak dari parti(lain) yang umum akan kaji punca kalah. Tak salah untuk BN juga mengkaji apakah faktor penyumbang kepada kemenangan PRN ini sama ada ia terpakai di mana-mana tempat atu masa yang lain.

“Sejarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Kuala Kangsar dan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu dijadikan iktibar supaya tak berulang,” katanya menerusi catatannya di Facebook, hari ini.

Selain itu, Shahril meningatkan kepada calon yang menang untuk fokus menunaikan janji pelaksaan 100 hari mereka. Dan berharap agar parti itu berterusan menjaga kredibiliti sebagai sebuah parti di mata rakyat.

 

Penafian – Bahan artikel portalamalaysia kongsikan dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Jangan Riak Mendabik Dada Atas Kemenangan PRN Melaka – Ketua Penerangan UMNO” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes