Home » Isu Semasa » Jangan Kongsi Sijil Digital Vaksinasi, No Batch & ID MySejahtera Di Sosial Media!

Jangan Kongsi Sijil Digital Vaksinasi, No Batch & ID MySejahtera Di Sosial Media!

AWAS! TOLONG JANGAN KONGSI SIJIL DIGITAL VAKSIN ANDA!

Dengan pelbagai kemudahan yang ditawarkan kepada penerima vaksin lengkap, sijil digital vaksin kini menjadi perhatian ramai yang ingin mengambil kesempatan.

Bahkan, sebelum ini tular di mana sijil vaksinasi ‘palsu’ yang dijual dengan harga RM15 di media sosial & online shopping.

Oleh itu, diingatkan bahawa jangan sesekali berkongsi ID, Kata Laluan My Sejahtera serta sijil digital vaksinasi anda di media sosial atau kepada sesiapa pun.

Tips Keselamatan Mengelakkan ‘Pencuri Identiti’

3 tips penting untuk mengelakkan pencuri identiti Sijil Digital Vaksin anda:

  1. Jangan tunjuk status MySejahtera.
  2. Jangan muat naik sijil digital vaksinasi.
  3. Jangan dedahkan nombor kad pengenalan & nombor batch vaksin

Sekiranya didedahkan ketiga-tiga maklumat ini, ia akan membuka ruang kepada ‘pencuri’ identiti dan penggodam.

Sijil Digital Vaksin Tidak Perlu Dicetak

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali tiada keperluan untuk masyarakat mencetak sijil digital berkenaan kerana tindakan itu boleh mengelirukan.

Katanya, orang ramai boleh tunjuk sijil digital di MySejahtera ketika ini tanpa perlu mencetaknya.

“Cukup sekadar menunjukkan sijil berkenaan di telefon bimbit masing-masing kepada penguat kuasa termasuk di sekatan jalan raya (SJR),” katanya.

Selain sijil digital, Noor Azmi berkata orang ramai boleh menunjukkan kad vaksinasi yang diterima selepas suntikan dibuat.

“Guna kad yang diberikan & bukannya yang dicipta atau dijual. Setakat ini, hanya itu sahaja kaedah dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Baca juga: Cara Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40 Dilanjutkan: RM300 Peranti Dan RM180 Data

NOTA PENTING

  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & polis akan menjalankan siasatan terhadap penjualan sijil digital vaksinasi palsu tersebut termasuk di platform e-dagang.
  • Justeru, usah membuka peluang kepada golongan tidak bertanggunjawab menggunakan maklumat peribadi kita untuk tujuan berkaitan sijil digital vaksinasi.
  • Diharapkan jika anda sudah memuatnaik informasi ini terus bertindak memadamkannya sebelum ia disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Disclaimers – Bahan yang kami share dihalaman ini sekadar tutorial dan rujukan yang related dengan “Jangan Kongsi Sijil Digital Vaksinasi, No Batch & ID MySejahtera Di Sosial Media!” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!