Pengacara popular dari Singapura ,Roslan Shah merasakan bahawa isu tentang dirinya dengan penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah baru – baru ini sebagai satu dugaan buatnya sebelum ke Makkah mengerjakan umrah pada hujung bulan nanti.
Malah dia mengakui dirinya bersedia untuk beralah dan tidak mahu bergaduh dengan sesiapa namun masih kecewa dengan apa yang berlaku antara mereka.
Roslan mengatakan dia terpaksa membayar ganti rugi sehibgga lebih RM30,000 susulan ketidakhadiran Jamal dalam pameran ekspo di Singapura yang berlangsung kelmarin.
Mendapat maklumbalas mengenai isu tersebut , Dato Jamal yang menegaskan bahawa dia tidak bertanggungjawab terhadap isu tersebut kerana sudah memaklumkan beberapa kali bahawa dia tidak dapat hadir membuat kemunculan di pameran ekspo tersebut kerana sibuk.
Tiada Kontrak
“Persoalannya sekarang kenapa Roslan beria sediakan tiket, penginapan dan promosi tanpa persetujuan saya dan mengatakan bahawa saya akan hadir. Sedangkan saya tidak tanda tangani apa-apa kontrak untuk membuat persembahan.”
“Saya yakin pasti dia (Roslan) ada agenda tersembunyi. Saya dijemput tanpa sebarang bayaran. Kalau betul-betul nak saya datang, bayar saya. Baru saya akan datang.”
“Jangan fikir tekak sendiri. Fikirkan juga kesibukan waktu saya. Sekarang ini saya cakap terus terang apa juga tentang kerugian yang ditanggung, saya sudah beritahu awal-awal saya tidak boleh pergi. Saya memang tidak ada masa untuk pergi dan tidak akan pergi,” tegas Jamal. jelas Dato Jamal lagi.
BACA : Pelakon Remaja Dengan Imej Muslimah Didakwa Kaki Kelab Malam
Dato Jamal juga memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan konsert eksklusif di Singapura yang sudah dipersetujui pada 31 Disember 2022 dan 1 Januari 2023 nanti dan konsert itu adalah berbayar.
Roslan Shah yang teruk dikecam netizen gara -gara memuat naik sebuah hantaran berkenaan di Ig story miliknya terpaksa menerima dugaan yang berlaku sebagai ujian baginya agar bersabar.
“Saya teruk dikecam netizen mengenai apa yang berlaku antara kami. Bagaimanapun, saya terima semua itu dengan hati terbuka kerana mungkin ini dugaan daripada Allah SWT sebelum saya berangkat mengerjakan umrah, hujung bulan ini.”
“Apapun, saya hanya berniat baik untuk membantu mempromosi jualan produk kosmetik diusahakan Datuk Jamal di pameran ekspo berkenaan. Saya tidak ada agenda tertentu pun untuk mengaut sebarang keuntungan di sebaliknya.”
“Saya nak mencari saham akhirat dan menolong dengan ikhlas. Tanyalah rakan artis lain dan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang pernah saya bawa menjayakan pameran ekspo di Singapura, ada saya minta duit?”
“Malah, ketika berurusan dengan Siti Nurhaliza, saya tak ada buat surat hitam putih dan hanya atas dasar kawan artis dengan pengurusnya, Rozie.”
“Apapun, saya juga sangat menghormati Jamal sebagai seorang penyanyi legenda dan diminati ramai. Malah, beliau adalah penghibur idola saya. Tapi, tak apalah, saya memang tak mahu panjangkan cerita dan bergaduh dengan orang,” jelasnya lagi.
Malah Roslan mengatakan bahawa dirinya tidak berniat atau mencuba untuk cuba menjadikan isu tersebut itu sebagai ‘tiket’ mencari publisiti untuk dirinya di Malaysia dan masih tetap membantu jualan perniagaan Jamal di pameran ekspo itu yang diuruskan anaknya, Osama Yamani.
“Orang (netizen) mengata saya macam-macam walaupun mereka tidak tahu perkara yang sebenar. Malah, dalam urusan membawa Jamal datang ke pameran ekspo di Singapura ini, saya banyak berurusan dengan pengurusnya, Ismail.”