Airasia kini menawarkan Airasia Ride iaitu segmen seru-pandu di bawah aplikasi sehenti gaya hidup.
Airasia Super App kini memperluaskan strategi perkhidmatan mereka apabila menawarkan pekerjaan tetap buat rakan pemandu airasia ride dengan jaminan pendapatan bermula RM2,500 sehingga RM3,500 sebulan.
Baca juga:
- Melaka Bakal Bangunkan Laluan Baharu Hubungkan Malaysia-Indonesia
- Kadar Pengangguran Kini Menurun Sehingga 3.7 Peratus
Menurut Tony Fernandes, pihaknya telah melaksanakan pilihan penawaran tersebut ke atas rakan penghantar kini giliran rakan pemandu pula menerima kelebihan yang sama.
Selain itu, pengumuman tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Oktober ini bakal memanfaatkan rakan pemandu menikmati faedah petrol, serta berpeluang untuk menjana jumlah pendapatan sehingga RM8,000 dengan tambahan skim insentif pemandu.
Di samping itu, rakan pemandu juga memperoleh rangkaian penuh manfaat sebagai Allstar termasuk KWSP, PERKESO, perlindungan perubatan termasuk untuk pasangan dan anak-anak, cuti tahunan dan manfaat pelancongan lain termasuk kadar diskaun kakitangan yang tinggi untuk penerbangan AirAsia.
Menurut Tony Fernandes lagi, pemandu sepenuh masa juga akan diberikan keutamaan untuk tugasan di lapangan terbang bagi membolehkan mereka untuk memperoleh pendapatan yang lebih daripada perkhidmatan angkut dan hantar ke lapangan terbang. Langkah ini dilihat sejajar dengan peningkatan permintaan terhadap pelancongan di seluruh rantau.
Terdahulu, AirAsia Ride telah memiliki sejumlah 53,000 rakan pemandu yang telah berdaftar pada aplikasi dan kini berkhidmat di 11 bandar.
Sekadar info, AirAsia Ride menyasarkan untuk perluas perkhidmatan di beberapa bandar utama lain seperti Kuching-Sarawak, Bali-Indonesia, Filipina dan Singapura.
Sumber: RNGGT.COM