Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) adalah ujian sebagai pengukuhan ilmu Islam. Bagi tahun 2022, UPKK akan diadakan bermula 9 Mei 2022 sehingga 14 November 2022.
Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
Baca juga:
- Senarai Bantuan Kerajaan 2022 Untuk Rakyat Malaysia
- Bantuan Sumbangan Aidilfitri Fakir Miskin Sebanyak RM1,000
Syarat Kelayakan:
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan UPKK:
- Pemohon mestilah telah belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.
- Pemohon mestilah mengikut Kurikulum KAFA.
- Pemohon mestilah murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa ).
- Pemohon mestilah telah berdaftar untuk menduduki UPKK.
Bentuk Penilaian:
Berikut adalah bentuk penilaian UPKK:
- Bentuk Lisan: Al-Quran.
- Bentuk Amali: Amali Solat.
- Bentuk Lisan & Pemerhatian: Penghayatan Cara Hidup Islam.
- Bentuk Penulisan:
- Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah).
- Sirah.
- Adab (Akhlak Islamiyah).
- Jawi dan Khat.
- Asas Lughatul Quran.
Jadual UPKK:
Berikut adalah jadual UPKK tahun 2022:
Ujian Amali: 9 Mei hingga 30 September 2022.
- Solat.
- Penghayatan Cara Hidup Islam.
Ujian Lisan: 10 hingga 31 Oktober 2022.
- Ujian Lisan Tadarus & Tilawah.
- Hafazan.
- Tafsir.
Ujian Bertulis: 14 November hingga 17 November 2022.
- Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah).
- Sirah.
- Jawi dan Khat.
- Adab.
- Lughatul Quran.
Tarikh Penting MPKAFA 2022:
Berikut adalah jadual untuk makluman guru, ibu bapa dan pelajar.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal SIMPENIatau hubungi di talian 603 – 8870 7000.