Info terkini Jun 2020 : Kepada anda yang ingin untuk menduduki peperiksaan SPM ulangan pada tahun ini, peperiksaan SPMU akan diadakan dua kali setiap tahun iaitu pada bulan Jun dan bulan November untuk sesi kedua.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat pemakluman bahawa tarikh peperiksaan SPMU 2020 telah dipinda dan membuat penjadualan semula untuk kali kedua takwim peperiksaan SPMU di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Baca seterusnya untuk perkongsian lanjut :
Jadual SPM ULANGAN 2020 SPMU
Anda boleh menyemak jadual dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang saya kongsikan di bawah bagi peperiksaan SPMU 2020 yang mengandungi tarikh peperiksaan ujian lisan dan ujian bertulis yang melibatkan 3 kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Di bawah kami kongsikan jadual waktu peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2020 – 17 hingga 20 Ogos 2020 :
Garis Panduan Peperiksaan
1. AMARAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN
1.1 Calon tidak dibenarkan melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah
digunakan.
1.2 Calon tidak dibenarkan keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan 10
minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan kecuali dengan kebenaran Ketua
Pengawas Peperiksaan.
1.3 Calon tidak dibenarkan membawa keluar dari dewan/bilik peperiksaan kertas peperiksaan sebelum
peperiksaan tamat.
1.4 Calon tidak dibenarkan mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan
semasa peperiksaan.
1.5 Calon tidak dibenarkan memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata.
1.6 Calon tidak dibenarkan merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.
2. LARANGAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN
Calon dilarang:
2.1 membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan,
nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu
Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat
komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik
peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
2.2 menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik
peperiksaan.
2.3 mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh
dibaca oleh calon lain.
2.4 memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain
di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang
boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
2.5 menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
2.6 menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua
Pengawas Peperiksaan.
2.7 menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
2.8 membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
2.9 membawa kertas peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan semasa
peperiksaan.
2.10 membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan sama ada yang belum atau pun yang
telah digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
2.11 membawa kertas peperiksaan tertutup keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
3. PERINGATAN
Calon yang melanggar sebarang peraturan peperiksaan dalam Bahagian (2). Larangan
di Dewan/Bilik Peperiksaan dianggap salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan
tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan)
1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar,
menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang
disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan
dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-
i. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
ii. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
iii. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan
terbatal.
Kepada calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun 2020 ini, semoga anda telah membuat persediaan sepenuhnya sebelum menduduki peperiksaan dan dipermudahkan urusan dalam menduduki peperiksaan tersebut. Sebarang maklumat lanjut berkaitan Jadual SPM Ulangan 2020 anda boleh rujuk sumber rasmi disini